Selasa, 28 Disember 2010

"jom heboh untuk MAHASISWA"


Jika diteliti dari pembangunan lahiriah dan kesepaduan Mahasiswa kita pada hari ini, ternyata masih hambar. Oleh sebab itu suatu perancangan ke arah mencapai solidariti Mahasiswa sejagat dibuat. Anda perlulah sempoi dan berjiwa kental kerana ia adalah perancangan besar dalam mencapai negara maju 2020.

Disamping itu, perancangan ini juga dibuat untuk menyahut 'cabaran' Mahasiswa 1 Malaysia yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Jangan buat-buat tak percaya ia adalah untuk memantapkan Mahasiswa negara dalam mencapai ilmu kolektif yang stabil.

Lu mai tang mana, sik paham gapo-gapo, nak khabo nok oyak, kita sama sahaja. Bahasa pertuturan tak penting, yang penting jiwa dan kemahuan.(ops!!maksud aku dalam hal ini, bahasa Melayu kena pertahan, jangan asyik naikkan bahasa asing). Ini bukan skim cepat kaya, cuma skim Mahasiswa bergaya dan berdaya saing sehingga pencapai taraf pemikiran Mahasiswa lain di luar negara, setanding dengan Mahasiswa-mahasiswa di negara maju.

Setakat ini sahaja coretan buat kali ini supaya aku tak dianggap sebagai pembawa propaganda yang tak berkaliber. Silap-silap kena tuduh yang bukan-bukan.



p/s: dalam kaca ada mata, celik mata tgok dunia dari duk mengata-ngata.

Khamis, 9 Disember 2010

"katakan padaku"

katakan padaku kekuatan mana yang kamu pakai...
katakan padaku kebenaran mana yang kamu nyatakan...
katakan padaku seikhlas mana yang kamu berikan...

untuk sebuah pembangunan lahiriah orang di sekeliling mu....
lalu akan aku terbitkan kata-kata manis buatmu pabila pernyataan mu itu mampu membuat aku terdiam kaku tentang apa yang kau katakan padaku. Lantas keagungan itu milik mu jika kekuatan, kebenaran dan keikhlasan yang kamu pakai untuk menyatakan pemberianmu adalah yang paling istimewa.

Tiada secalit dakwat yang akan aku tumpahkan selepas itu melainkan untukmu bagi sebuah kontrak  pembangunan jiwa dalaman ku untuk segar bersamamu. Dalam penitian ke jalan itu, akan aku sorakkan namamu hingga menjadi bisik-bisik kecil marhean yang inginkan kesucianmu. Jika dulu bung Karno mahu menggoncangkan dunia hanya dengan sepuluh pemuda, kini aku akan menggoncangkan dunia dengan suatu kenyataan bahawa kekuatan, kebenaran dan keikhlasanmu adalah tulus....

jika!!! kamu membawa kekuatan, kebenaran dan keikhlasan itu seperti kehendakNya.


aku mohon kau katakan padaku........

Sabtu, 20 November 2010

'"AKU KAU & SEMUA SAMA RASA"

Siapakah pemuda ini? Bukan...dia bukan Que Haidar, tapi mereka seakan...beliau ialah

NAMA: Sudirman Haji Arshad
TARIKH LAHIR:
25 Mei 1954
ASAL:
Temerloh, Pahang
KARIER:
Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam
KELUARGA:
Anak bongsu daripada enam beradik
PENDIDIKAN:
Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya
BAPA:
Arshad Hassan
IBU:
Ramlah Dahlan
MENINGGAL DUNIA:
22 Februari 1992
 KETINGGIAN: 1.47 meter

Mungkin ingatan kita padanya masih segar dalam memori. Beliau pernah popular dengan lagu Balik Kampung, Apa Khabar Orang Kampung, Hujan, dan Chow Kit Road sekitar tahun 70-an. 

Beliau pernah menggegarkan Malaya pada 15 April 1986 apabila mengadakan konsert secara percuma di Jalan Chow Kit, seterusnya menempa nama dalam Malaysia Book of Records kerana konsert percuma itu telah dihadiri lebih 100,000 warga kota. (Malaysia Book of Records, konsert gergasi percuma).


Selain itu, Chow kit juga pernah mendapat perhatian pengarah-pengarah filem untuk dijadikan lokasi penggambaran. Antaranya filem Balada Ina HIV, Anak Halal, Bukak Api dan lain- lain lagi. 

Disamping itu juga, Chow Kit juga pernah menjadi tempat persinggahan para artis, iaitu di kedai Ah Lek. Sejak zaman P. Ramlee di Kuala Lumpur, kedai Ah Lek ini memang popular dengan tempat berkumpul pelakon, penyanyi dan artis-artis Melayu. P. Ramlee, Saloma, Karim Latiff, Yahaya Sulong, Shariff Babu, Ibrahim Pendek, Kuswadinata, Mahmud June, Nasir P. Ramlee, Mak Enon, Idris Hashim, A.R. Badul, Ahmad C.B. dan ramai lagi sering berada di kedai kopi ini. 


Baiklah!! Jika itu semua kamu kata kisah lapuk, aku perkenalkan kisah baru Chow Kit Kita Yang akan menggegarkan!!


 CHOW KIT KITA adalah sebuah projek pemetaan komuniti dari remaja Chow Kit, untuk remaja Chow Kit!!! Aktiviti-aktiviti projek termasuk bengkel fotografi, mencetak t-shirt, berlakon, membuat video & macam2 lagi!! Setelah mendapat didikan dan beberapa sesi pembelajaran, kini anak remaja Chow Kit Kita turun ke padang bertemu masyarakat. 

Pesta Chow Kit Kita muncul dalam kesibukan negara memperbaiki infrastruktur dan sistem untuk ke arah yang lebih baik. Pesta ini adalah dari remaja Chow Kit untuk komuniti Chow Kit, walaubagaimanapun pesta ini seharusnya disedari oleh semua marhaen dan boleh diturut serta oleh semua orang. 

BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Jika sebelum ini Chow Kit sering diberikan gambaran buruk dan imej negatif, Pesta Chow Kit Kita yang bakal berlangsung pada 21 November ini dijangka bakal mengubah segala-galanya.

Festival yang bermula dari pukul 2 petang hingga 7 malam di KL Krashpad, 346, Jalan Tuanku Abdul Rahman itu bukan sahaja akan memperlihatkan penglibatan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan tetapi juga memberi peluang kepada orang ramai mengenali Chow Kit dengan lebih dekat.

Festival yang merupakan kesinambungan daripada empat bulan siri bengkel bagi fasa pertama bertema 'Kepelbagaian Etnik dan Agama di Chow Kit' itu dicetuskan oleh dua anak muda iaitu Lew Pik-Svonn dan Fahmi Reza.

Menurut Fahmi, Pesta Chow Kit Kita bakal dijayakan oleh remaja berusia 13 hingga 15 tahun yang akan mengambil bahagian dalam program yang disediakan.

Katanya, di sebalik imej dan gambaran buruk terhadap Chow Kit, kelompok terbabit cuba menarik perhatian masyarakat tentang kehidupan dan warna-warna kehidupan yang ada di kawasan itu.

"Selain mural petak Chow Kit, turut diadakan pameran fotografi, pameran asal usul nama jalan sekitar Chow Kit, persembahan video dan persembahan jalanan. 

"Turut mengisi atur cara ialah sudut mencetak baju T, grafiti, muzik dan tarian serta pertandingan pakaian terbaik,'' ujarnya.
Festival itu mendapat sokongan KL Krash Pad, Balai Seni Lukis Negara, Tumbprints United, Cititel Express dan Persatuan Bhangra Malaysia.

(sumber)

 CHOW KIT KITA terdiri daripada:
Pengurus Projek: Lew Pik-Svonn
Koordinator Program: Fahmi Reza
Penasihat Projek: Liew Kung Yu
Fasilitator Senilukis: Shieko Reto & Fahmi Reza
Fasilitator Fotografi: Tan Hui Koon, Ambrose Poh & Nandakumar S. Haridas
Fasilitator Video: Imri Nasution & Tan Kui Lan
Fasilitator Lakonan: Wong Tay Sy & Hariati Azizan


Peserta-peserta
Fasa 1:
 
Rubbi, 14
Azmi, 13
Pejal, 13
Nizam, 14
Hafiz, 14
Rizal, 13
Mis, 15
Izati, 15
Ogy, 15
Tikah, 13
Didi, 15
Eyka, 15






Ada soalan? Nak join?
Telefon: 012-2357444
E-mail: chowkitkita@gmail.com

p/s: kalau kita ramai-ramai turun memeriahkan pesta ini, aku kau dan semua sama rasa.......



                                                                                                            



Krew Chow Kit Kita
White Percussion Unit
SKY
Saya Anak Bangsa Malaysia

  
    
Pesawat
The Pips

Balai Seni Lukis Negara

Dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Jumaat, 19 November 2010

"art for nature FESTIVAL 2010"


Time: Today at 8:00am - Tomorrow at 11:30pm

Location: AKADEMI SENI BUDAYA
DAN WARISAN KEBANGSAAN | ASWARA / ASK

Activities: workshop, art exhibition, shortfilm screening,
dance, theater, music performance, art market.



jadual aktiviti

   
peta lokasi ASWARA/ASK

segala urusan pertanyaan: http://www.facebook.com/iamstich?v=info (Hyrul Anuar)
                                             http://www.facebook.com/kirimaruu (Mohd)
                                             facebook.com/aLiFFiLmmakeR (Aliff Ihsan)

p/s: masih banyak aktiviti yang tidak dapat dijangkakan oleh anda. Hadirkan diri bersama sahabat taulan bagi menjayakan serta memeriahkan majlis ini.









Selasa, 16 November 2010

"Allah is the Greatest"


di hening sore bumi Melaka, aku terpegun dengan kebesarannya....

"Fadhilat Hari Raya AidilAdha"

Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian:
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

                                                                                                          


 AIDILADHA yang dirayakan pada setiap 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”
Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ’syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing).” (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah dimana ia disebut Hari Tashrik.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.





Allah berfirman yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah.