Isnin, 23 Ogos 2010

Angin Ahmar Buat Mereka

Ambil galah tolong jolokkan,
   Saya budak baru belajar,
Mana yang salah tolong tunjukkan,
     Supaya saya tak kurang ajar.


Masalahnya yang betul pun jadi salah zaman sekarang, yang nak tegakkan kebenaran pula yang jadi kurang ajar. Kalau kurang ajar, tiadalah pula usaha untuk menegakkan kebenaran. Jadi mengapa mengajar anak-anak kecil supaya diam membisu jika melihat kesilapan?? Oh, supaya anak itu tidak mengetahui kisah silam.... Bagus ajarannya, itulah yang sebaiknya dalam mendidik anak kecil untuk menjadi kurang ajar!!

Kerana ketika sedang anak itu meningkat remaja, 
ketika itu jugalah segala macam anasir akan ditemui olehnya.
Yang kurik, yang kundi itu ditemuinya, yang merah saga itu permainannya. 
Akhirnya kebenaran terbongkar seterusnya berlakulah perjuangan 'kurang ajar'. Ya!! kerana kamu dan mereka juga yang kurang memberi didikan dan pendedahan hak humanisasi kepada anak kecil. Maka mereka bangkit dengan perjuangan yang selama ini kamu takuti. Dan ketahuilah bahawa usahamu untuk menyembunyikan kisah lampau adalah usaha 'budak'!!

Nah!! terimalah padahnya sekarang!! Ini bukan permainan yang mampu disogok, kerana ini adalah permainan 
anak kecil yang semakin radikal. Kata orang tua lama 'darah muda, semangatnya berkobar-kobar'.
Inikah permainan pilihanmu?? Jadi jangan takut untuk menerimanya......
Hahahaahaha......Gelak tawa kita mungkin sama sahaja, cuma kemenangannya berbeza.
Kata arwah Achik Spin di dalam bait-bait lagunya Paling Comel yang hangat sekitar tahun 90an, "bola-bola api yang sedulunya kecil dah menjadi besar". Hahaha...... Gelak lagi....!!

Ni, seorang anak mahu bersuara lantang. Siapa mahu dengar?? Mari masuk rapat, dia mahu memberi maklumat sejarah sahaja. Bukan apa-apa. Mari dekat. 

Fahmi Reza, pembikin filem dokumentari dan juga aktivis sosial, telah membawa semula sejarah gerakan mahasiswa Universiti Malaya (UM) melalui projek "Student Power" ke seluruh Malaysia dalam bentuk Public Lecture selama lebih kurang satu jam. Public Lecture ini adalah mengenai sejarah gerakan mahasiswa UM sekitar tahun 60'an yang tidak pernah diceritakan oleh mana-mana individu di zaman sekarang. Paling kuat pun ianya pernah tertulis di dalam beberapa buah buku.

Pada tanggal 10 Ogos 2010, Fahmi Reza dijadualkan akan membawa Public Lecture ini ke UiTM Puncak Perdana. Permohonan untuk membawa beliau masuk ke UiTM adalah berjaya pada awalnya. Sehinggalah ianya gagal pada hari berlangsungnya majlis itu kerana mendapat bantahan dari pihak Universiti di atas alasan permohonan yang tidak lengkap. Majlis yang dijadualkan pada pukul 5 petang itu terpaksa ditunda pada pukul 6.30 petang, dan atas usaha beberapa orang pelajar, mereka berjaya mengumpulkan RM100 sesama mereka dan menyewa sebuah dewan kecil di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam kira-kira 20km dari kampus.




SETERUSNYA!!


Belum pun sudah kisah di UiTM itu berlalu. Public Lecture yang sama telah cuba dibawa oleh beberapa orang pelajar Universiti Malaya (UM) ke dalam kampus mereka. Dengan diketuai oleh Abu Ubaidah Amir, mereka membuat permohonan dan diluluskan oleh pihak UM dan dijadualkan akan diadakan pada 24 Ogos 2010. 

Public Lecture kali ini adalah amat bermakna kerana akan dibawa ke tempat asalnya iaitu UM,  isi kandungan sejarah dalam ceramah ini adalah berkisarkan tentang sejarah mahasiswa UM itu sendiri. Public Lecture ini juga akan diceriakan dengan kehadiran dua ikon gerakan mahasiswa 60'an iaitu Syed Hamid Ali dan Khoong Kim Hoong. Maka beruntunglah mahasiswa-mahasiswa UM kerana mereka mempunyai sejarah gerakan mahasiswa yang hebat dan juga tokoh-tokoh yang masih hidup untuk menceritakan kepada mereka semua, bahawa gerakan mahasiswa ketika zaman 60'an sangat berbeza dengan mahasiswa zaman sekarang.

Namun, beberapa hari selepas ianya diluluskan. Pihak UM membatalkan Public Lecture ini..!!

Ramai juga individu dan kumpulan mahasiswa di luar UM menyatakan kekecewaan. Kecewa lagi mahasiswa-mahasiswa UM yang bertindak sebagai penganjur. Apa yang di dengar dari sahabat-sahabatku, pihak UM membatalkan lecture itu sebelum ianya berlangsung adalah kerana mengikut tindakan UiTM yang telah membatalkannya lebih awal.



MUNGKINKAH???!!!


SEBAIKNYA!!




Kebebasan akademik adalah kebebasan yang mutlak untuk setiap orang yang sedang menuntut ilmu ingin mengetahui dan belajar sesuatu yang baru mahupun yang lama. Tidak kiralah ianya dalam bentuk apa. Kerana penuntut-penuntut ilmu zaman sekarang sudah pandai membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana memberi faedah dan yang mana mengarut. Cuma mereka ini tidak di beri peluang untuk mengetahuinya. Dan juga kebanyakan pengetahuan tidak didedahkan secara jujur. Jika ada yang mengetahuinya, tidak pula dibenarkan untuk menghurai semula serta jauh lagi untuk mengkritik atau memberi pendapat... Sudah tiba masanya untuk pihak Universiti lebih terbuka. Bukan hanya dalam isu "Student Power". Juga terhadap apa-apa isu yang akan mendatang... Semoga kebebasan akademik akan dapat diamalkan...!!!... Dan dapat membawa Universiti-universiti di Malaysia menjadi institut pengajian yang dibanggakan oleh rakyat dan menjadi bualan cendikiawan seluruh dunia.. InsyaALLAH.

**Segala Poster dan Gambar ini adalah milik Fahmi Reza yang aku copy dari laman facebooknya.(klik)

Cerita yang aku ambil tadi sedikit sebanyak dari seorang sahabat seperjuangan, harap-harap dia menghalalkan aku. Hahahaha... Nanti dulu, belum habis lagi. Selang beberapa jam, Fahmi Reza mengeluarkan poster baru yang aku suka,


katanya di dalam facebook, 



STUDENT POWER Public Lecture @ UM 24.08.10 esok telah dibatalkan kerana disekat oleh pemerintah Universiti Malaya buat kali yang keempat. Terima kasih atas segala bentuk sokongan dan solidariti yang telah kamu tunjukkan selama ini. Sudah tiba masa mahasiswa mula berjuang sendiri untuk emansipasi mahasiswa, untuk kemerdekaan mahasiswa dari penguasaan.




Jadi jalan mana lagi? Usaha sudah, ini pun usaha. Demokrasi kan ada, jadi tak salah bukan?
Bergembiralah dengan apa yang berlaku. Jom nyayi nak?haha....

anak kecil main api,
 terbakar hatinya sepi,
 air mata darah bercampur keringat,
 tanah dipijak milik orang....

Nanti!!! Tanah dipijak milik orang? Bukan milik kita ke?
Oh, nasib baik kawan aku ada untuk membantu. Dia cakap, "kau ni, memanglah tanah dipijak milik kita, tapi seakan milik orang."  Oh!! Baru aku faham...Kau tak faham?? Nasiblah.....hahaha....




p/s: Bila kehendak mendahului, jangan risau perbuatan akan menyusul...haha...mohon maaf ya bagi mereka....
Anak kecil kelmarin dah besar lah!! Dah kenal hitam putih!! untuk Fahmi Reza dan Daud Mili mohon maaf ya kerana beberapa sumber yang diambil dari kamu.

Ahad, 22 Ogos 2010

'Pasar Petang Thailand' di Malaya

Jam 1815 waktu Malaya.
23 Ogos bersamaan 13 Ramadan.

Pali: wei,jom pergi 'pasar petang Thailand'......apa lagi..ayam golek la..haha
Husyn & Ahmed: ha? 'pasar petang Thailand' kat mana?
Fikri: Ha...ada la....nak pergi? jom!
Hazuan: Kat sana nanti kau akan tengok orang jual makanan atas pokok...nak beli makanan kena tengok atas...

--------Hazuan tertidur----------------------------------------------------------------------------------


Jam 1815 waktu Malaya.
23 Ogos bersamaan 13 Ramadan.

(Hazuan terjaga dari tidur. Anas terpakasa pulang kerumah kerana ada hal yang lebih penting yang perlu diuruskan daripada merewang-rewang di 'pasar petang Thailand'. Atas sebab ajakan Ahmed, Izuan iaitu jejaka dari Bangsar datang dengan senyum sumbangnya untuk pergi bersama.)

Ahmed: Jom la pergi.
Hazuan, Pali, Fikri, Izuan: Jom(secara tak serentak)

------------'pasar petang Thailand'--------------------------------------------------------------------


Ahmed: la....kat sini ke 'pasar malam Thailand'??
Hazuan: ye la...kat sini bahasanya pelik-pelik...susah nak faham.(dalam keadaan senyum)

(keadaan riuh rendah dengan suara pekik peniaga. Mereka terus berjalan dalam satu kelompok kecil sambil mata melilau kekiri dan ke kanan. Nampaknya cerita Hazuan tentang proses jual beli dari atas pokok tadi gurauan bodoh semata.)

----TIBA-TIBA!!---

Peniaga Pelik: woi bang!! senyum-senyum datang beli la...!!(dengan nada yang cukup untuk membangkitkan rasa marah)


????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
(budaya kat sini ke tak boleh senyum?? jadi hanya orang yang nak beli je layak untuk senyum kat sini?? huh!!)

(Hazuan terpinga-pinga sambil diiringi dengan hilai tawa Pali, Fikri, Ahmed dan Meor)


p/s: woi!!kalau nak maju berniaga, jagalah sikit budi bahasa tu...ikut sedap mulut je nak pakai....senyum pun salah ke??(khas untuk 'peniaga pelik' seluruh dunia). Kerana kata-kata boleh membuatkan mood orang lain terganggu.

gambar hiasan.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Pijak Balas Pancung!!

Hari ini
Jam 0915 pagi waktu Malaya.

Lepas sahur sampai sekarang mata aku tak terlelap. Buku i.t hitam bertajuk Acer Aspire 4530 menjadi teman seperti hari-hari biasa. Setiap muka surat yang dibuka semuanya seakan klisye. Dalam buku ini terdapat beberapa tajuk yang membincangkan banyak isu yang tak tersusun. Lampu merah berkelip-kelip tanda buku ini mendapat rangkaian internet. Yang uniknya buku nie, dalam buku ada buku. Jadi aku mengsign inkan 'muka buku' tanpa menoleh kekiri atau kekanan, sebab kawasan ini aman. Tempat yang sudah merdeka lah katakan. Seperti biasa sahaja. Tiada apa yang menarik sangat. offline~~~(kawan aku mengambil alih kerusi berfesbuk)

Hari ini
Jam 1046 pagi sharp!! waktu Malaya.  

Buku dibuka dan terus mengsign inkan muka buku. Cari link untuk satu video kekejaman seorang 'betina'!!
Pada mulanya aku tengok kat kawan aku punya muka surat(page). Tekan share. selang beberapa minit beberapa orang kawan di laman sesawang ini yang memberi komen perihatin dan simpati.

arghhhhhhhhhhhh!!aku masih terbayangkan kejadian tu..huhu..kesian kucing tak berdosa tu..huhu..bunuh betina tuuuuuuuuuu!!manusia ada hukum gantung kalau membunuh kan?jadi?pijak balas pancung!!

p/s : kalau kucing pun dipijak macam tu, manusia pun ada dipijak camtu...bezanya kucing mati keluar biji mata..manusia hidup dan terus bersuara...suara kucing siapa nak dgr????yang samanya trdapat segelintir suara manusia yang tak didengari...huhu...senasib dengan kucing......

Geram Betul Aku Dengan Perempuan Ni..Kalau Aku Dapat Dia,Aku Tampar2 Dia..Lepas Tu Aku Buat Kat Dia Macam Mana Dia Buat Kat Binatang Kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Length:2:30







AUKU untuk siapa??




Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Mengongkong pelajar



Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
  • penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
  • penggabungan di antara badan-badan pelajar.
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
  • Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa

    • menyiasat,
    • menjalankan pendakwaan,
    • mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
    • membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.
Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.
  • Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalamStatutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
  • Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.
  • Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:

    • amaran;
    • denda;
    • dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • dipecat dari universiti.
Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.
CERITA LEPAS (UNTUK PELANGGAN PENDIDIKAN MALAYA)
Baru-baru ini Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum apabila empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah akta tersebut kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Mereka telah dituduh melanggar Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang mahasiswa dari menyatakan sokongan atau simpati terhadap mana-mana parti politik. Walaupun semakin banyak perhatian diberikan terhadap kes tersebut, pemahaman tentang latar belakang, fungsi, keberkesanan dan impak sebenar AUKU masih menjadi persoalan serta tanda tanya dikalangan mahasiswa dan juga masyarakat umum.
Siri Ceramah Umum AUKU pernah diadakan bertujuan untuk membincangkan akta ini secara menyeluruh dari sudut perspektif sejarah, perlembagaan, hak asasi, dan juga penguatkuasaan. Program ini dianjurkan oleh KL & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section.
Tarikh yang mereka berkenan ialah pada:
Ceramah Umum AUKU (1):
AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA 1960AN
Tarikh: Khamis, 1 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Penceramah: Fahmi Reza, Penyelidik sejarah gerakan mahasiswa

Ceramah Umum AUKU (2):
AUKU & PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Tarikh: Khamis, 8 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Penceramah: Azmi Sharom, Prof. Madya Fakulti Undang-Undang, UM dan Soh Sook Hwa, Bekas mahasiswa USM yang didakwa di bawah AUKU

Ceramah Umum AUKU (3):
AUKU & HAK MAHASISWA
Tarikh: Khamis, 15 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Penceramah: Shazni Munir, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Yap Heng Lung, Sekretariat Malaysian Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

Ceramah Umum AUKU (4):
AUKU & MASA DEPAN
Tarikh: Khamis, 22 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Penceramah: Teh Yee Keong, Mantan Penyelaras Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU

Tempat: Auditorium KLSCAH, Jalah Maharajalela, KL
Anjuran KLSCAH Youth
Maklumat lanjut: 03-22746645 (Yee Keong)

p/s: rugi la sape x join...bukan senang nak tau benda-benda camnie...mgkin ada yang terkejut bila di sebut 'AUKU'...ap ko ingat ni kueh tradisi melayu ke?haha..jgn salah sangka..silap besar tu...hahaa

Jumaat, 20 Ogos 2010

"Pendidikan Bersuara"(subjek teras fakulti hidup)




Yang pasti ini bukan poster filem baru super hero, jangan salah sangka. Seperti yang kita sedia maklum, terang-terang dicetak kat poster tu dua suku kata berwarna puteh "Student Power". Ini adalah satu kebangkitan kesedaran yang menyangkal ideologi lapuk rasisme, berkomplot, dan sebagainya yang bersifat horror kepada semua lapisan masyarakat. Ia adalah satu lecture berkenaan saat kegemilangan golongan terpelajar di malaya yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara sekitar tahun 1960an.

Jika dilihat dari sudut pembawakannya, Fahmi Reeza mungkin di anggap membawa watak antagonis bagi sesetengah pihak pada era ini. Namun pada hakikatnya, beliau membawa satu pergerakan yang memanah minda-minda nasionalis masa kini melalui medium perfileman dan media suara yang lantang dan secara jelas pergerakan ini meluncur secara kolektif tanpa memasukkan ramuan negatif di dalam perjalanannya. Ia lebih bersifat telus tanpa mempedulikan sejarah tipu dari buku-buku yang dianggap ilmiah, tapi sebenarnya tidak bersahsiah.
Lecture ini disokong oleh bukti-bukti kukuh yang di kaji dengan teliti oleh pengkaryanya, iaitu Fahmi Reeza. Antara rujukan yang digunakan ialah keratan akhbar lama dan dokumen sejarah serta sedikit usaha pengkarya sendiri yang mungkin korang boleh bertanya sendiri kepadanya.

Dalam usaha menyampaikan lecture secara umum, terdapat beberapa tetangan yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang terlibat, contohnya tentangan dari pihak pengurusan tempat lahirnya juga pergerakan ini, iaitu di Universiti Malaya. Universiti ini yang wujud sekitar tahun 1957 berdiri teguh sebagai Universiti pertama di Malaya waktu itu. Pelbagai persatuan yang terlibat dalam menjaga hak asasi pelajar-pelajarnya juga pernah wujud di sini dan akhirnya persatuan-persatuan itu diharamkan pada waktu kini. Usaha ini juga telah diharamkan untuk ditayangkan di UiTM. Beberapa individu telah bersatu untuk meneruskan usaha ini supaya kisah sebenar zaman kebangkitan perjuangan mahasiswa pada era'60an yang pernah menggegarkan kampus Universiti Malaya serta menggugat arena politik negara dapat diketahui umum.

Disamping itu, terdapat dua orang tokoh pemimpin mahasiswa UM era 60an yang terlibat.

Khong Kim Hoong, 67, Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Awam 1966-1969
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1968/69
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1967/68
Pengerusi Majlis Sementara PMUM 1969
Ahli exco Non-Hostellites Organisation (NHO) 1967/68
Setiausaha kewangan University of Malaya Atheletics Union (UMAU) 1967
Pengerusi South East Asia University Students' Organisation (SEAUSO) 1968

 Syed Hamid Ali, 69, Fakulti Sastera 1965-1970
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1969
Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1967/68
Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 1968/69
Setiausaha Majlis Sementara PMUM 1969
Ahli exco Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) 66/67
Ahli South East Asia University Students' Organisation (SEAUSO) 68



Semasa di semester 2 di sebuah pusat pengajian, aku diwajibkan mengambil subjek teras iaitu subjek falsafah seni yang kebanyakkannya menyentuh ideologi beberapa orang tokoh seperti pak cik Plato, pak Socrates dan sebagainya yang berkaitan. Lepas tu, aku diwajibkan hadir untuk mengambil peperiksaan bagi subjek tu. Soalnya, kenapa aku banyak belajar dari tokoh luar berbanding tokoh lokal? Sedangkan mereka juga berdakyah secara bersuara, sama macam tokoh kita yang di smbunyikan identitinya  supaya anak cucu tak tau sejarah sebenar...bukan??jadi kenapa sembunyi?kenapa takut?

Soalnya siapa Syed Hamid Ali dan Khong Kim Hoong yang sebenarnya? tak ramai yang betul-betul kenal bukan?hahaha....bukan pelakon bangsawan ya...jangan salah sangka ya...bahaya teruk tu..

p/s : tak payah nak takut kalau dah benar....jadi?kenapa?ha!!takut la tu......potong lidah ada berani?
                    !!!!!!!!jgn persoalkan perkara lain untuk sembunyikan semuanya....!












http://malaysiakini.tv/video/19923/siswa-um-pohon-kebenaran-teruskan-student-power.html
http://www.youtube.com/watch?v=5B1SrJ1qfT0

Khamis, 19 Ogos 2010

Demokrasi (demo keras @ demo kasi )?????

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).


Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
>Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
>Rakyat diberi hak mengundi
>Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
>Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
>Kebebasan persatuan
>Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. >Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
>Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.