Sabtu, 20 November 2010

'"AKU KAU & SEMUA SAMA RASA"

Siapakah pemuda ini? Bukan...dia bukan Que Haidar, tapi mereka seakan...beliau ialah

NAMA: Sudirman Haji Arshad
TARIKH LAHIR:
25 Mei 1954
ASAL:
Temerloh, Pahang
KARIER:
Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam
KELUARGA:
Anak bongsu daripada enam beradik
PENDIDIKAN:
Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya
BAPA:
Arshad Hassan
IBU:
Ramlah Dahlan
MENINGGAL DUNIA:
22 Februari 1992
 KETINGGIAN: 1.47 meter

Mungkin ingatan kita padanya masih segar dalam memori. Beliau pernah popular dengan lagu Balik Kampung, Apa Khabar Orang Kampung, Hujan, dan Chow Kit Road sekitar tahun 70-an. 

Beliau pernah menggegarkan Malaya pada 15 April 1986 apabila mengadakan konsert secara percuma di Jalan Chow Kit, seterusnya menempa nama dalam Malaysia Book of Records kerana konsert percuma itu telah dihadiri lebih 100,000 warga kota. (Malaysia Book of Records, konsert gergasi percuma).


Selain itu, Chow kit juga pernah mendapat perhatian pengarah-pengarah filem untuk dijadikan lokasi penggambaran. Antaranya filem Balada Ina HIV, Anak Halal, Bukak Api dan lain- lain lagi. 

Disamping itu juga, Chow Kit juga pernah menjadi tempat persinggahan para artis, iaitu di kedai Ah Lek. Sejak zaman P. Ramlee di Kuala Lumpur, kedai Ah Lek ini memang popular dengan tempat berkumpul pelakon, penyanyi dan artis-artis Melayu. P. Ramlee, Saloma, Karim Latiff, Yahaya Sulong, Shariff Babu, Ibrahim Pendek, Kuswadinata, Mahmud June, Nasir P. Ramlee, Mak Enon, Idris Hashim, A.R. Badul, Ahmad C.B. dan ramai lagi sering berada di kedai kopi ini. 


Baiklah!! Jika itu semua kamu kata kisah lapuk, aku perkenalkan kisah baru Chow Kit Kita Yang akan menggegarkan!!


 CHOW KIT KITA adalah sebuah projek pemetaan komuniti dari remaja Chow Kit, untuk remaja Chow Kit!!! Aktiviti-aktiviti projek termasuk bengkel fotografi, mencetak t-shirt, berlakon, membuat video & macam2 lagi!! Setelah mendapat didikan dan beberapa sesi pembelajaran, kini anak remaja Chow Kit Kita turun ke padang bertemu masyarakat. 

Pesta Chow Kit Kita muncul dalam kesibukan negara memperbaiki infrastruktur dan sistem untuk ke arah yang lebih baik. Pesta ini adalah dari remaja Chow Kit untuk komuniti Chow Kit, walaubagaimanapun pesta ini seharusnya disedari oleh semua marhaen dan boleh diturut serta oleh semua orang. 

BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Jika sebelum ini Chow Kit sering diberikan gambaran buruk dan imej negatif, Pesta Chow Kit Kita yang bakal berlangsung pada 21 November ini dijangka bakal mengubah segala-galanya.

Festival yang bermula dari pukul 2 petang hingga 7 malam di KL Krashpad, 346, Jalan Tuanku Abdul Rahman itu bukan sahaja akan memperlihatkan penglibatan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan tetapi juga memberi peluang kepada orang ramai mengenali Chow Kit dengan lebih dekat.

Festival yang merupakan kesinambungan daripada empat bulan siri bengkel bagi fasa pertama bertema 'Kepelbagaian Etnik dan Agama di Chow Kit' itu dicetuskan oleh dua anak muda iaitu Lew Pik-Svonn dan Fahmi Reza.

Menurut Fahmi, Pesta Chow Kit Kita bakal dijayakan oleh remaja berusia 13 hingga 15 tahun yang akan mengambil bahagian dalam program yang disediakan.

Katanya, di sebalik imej dan gambaran buruk terhadap Chow Kit, kelompok terbabit cuba menarik perhatian masyarakat tentang kehidupan dan warna-warna kehidupan yang ada di kawasan itu.

"Selain mural petak Chow Kit, turut diadakan pameran fotografi, pameran asal usul nama jalan sekitar Chow Kit, persembahan video dan persembahan jalanan. 

"Turut mengisi atur cara ialah sudut mencetak baju T, grafiti, muzik dan tarian serta pertandingan pakaian terbaik,'' ujarnya.
Festival itu mendapat sokongan KL Krash Pad, Balai Seni Lukis Negara, Tumbprints United, Cititel Express dan Persatuan Bhangra Malaysia.

(sumber)

 CHOW KIT KITA terdiri daripada:
Pengurus Projek: Lew Pik-Svonn
Koordinator Program: Fahmi Reza
Penasihat Projek: Liew Kung Yu
Fasilitator Senilukis: Shieko Reto & Fahmi Reza
Fasilitator Fotografi: Tan Hui Koon, Ambrose Poh & Nandakumar S. Haridas
Fasilitator Video: Imri Nasution & Tan Kui Lan
Fasilitator Lakonan: Wong Tay Sy & Hariati Azizan


Peserta-peserta
Fasa 1:
 
Rubbi, 14
Azmi, 13
Pejal, 13
Nizam, 14
Hafiz, 14
Rizal, 13
Mis, 15
Izati, 15
Ogy, 15
Tikah, 13
Didi, 15
Eyka, 15






Ada soalan? Nak join?
Telefon: 012-2357444
E-mail: chowkitkita@gmail.com

p/s: kalau kita ramai-ramai turun memeriahkan pesta ini, aku kau dan semua sama rasa.......



                                                                                                            



Krew Chow Kit Kita
White Percussion Unit
SKY
Saya Anak Bangsa Malaysia

  
    
Pesawat
The Pips

Balai Seni Lukis Negara

Dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan