Rabu, 9 Januari 2013


" terjemehan setelah diam "



Meloloskan diri dari ikatan jampi serapah lama adalah perkara yang merumitkan. Ya, semenjak berdiri lalu berikrar menitiskan kata-kata janji yang pada saat itu tak mungkin diingkari. Waktu menyusup halus melalui hiruk-pikuk permintaan sekeliling untuk kau menjadi itu dan ini. 

Bukan kehendak.

Bukan juga menolak.

Aku faham, kau dan aku sedang mengerti dan menyelami tentang apa yang dipanggil bebola kehidupan. Kadangnya kau sendirian menundukkan diri menilai satu persatu peta perjalanan hidupmu. Pada saat itu cahaya-cahaya sering menjamahmu dan memimpinmu ke arah yang kononnya ditauliahkan kebenarannya. Itu mimpi buruk! Bersendirian lagi kau dalam kegelapan menunggu pusingan cahaya seterusnya. Siapa yang mempedulikanmu?

Sehingga tundukkan kau pada hari ini, dan kau berpaling ke arah tundukkan kau yang lalu, ia adalah tundukan yang jauh berbeza. Seakan semakin mendalami sel-sel akalmu kini, kau bertambah yakin. Juga aku. Teriaklah! Katakan pada mereka bahawa kau sedang berdiri dan mengukuhkan kekudamu. Siapa peduli?

Tenang, aku mempedulikanmu. Aku kisah tentangmu dalam cerita kebersamaan yang terlindung dari tangkapan pandangan mereka. Kini, usah pedulikan mereka lagi kerana mereka tidak akan pernah mempedulikanmu seperti aku. Bicarakan padakau dalam nada yang biasa kita lakukan. Usah gentar, kan dunia ini Dia yang punya. Tak siapa mampu bertaruh dalam memintas anganmu.

Aku dan kau adalah penyatuan jasad, roh dan jasmani. 

Aku Hafiz,dan kau?

#JANGAN CERITA SAMA DIA.

Khamis, 15 Mac 2012

"bunga lalang" -Dain Said-



Pulang semula ke kampung anda dan bertemu dengan adik-beradik anda dan berebutlah harta pusaka dan bergaduh. Premis yang mungkin mudah untuk anda fahami tentang cerita ini. Mudah sahaja!!! Namun, yang menjadi kepayahan buat anda untuk memahaminya mungkin kerana sudut sisi penceritaannya yang berbeza. Tak mengapa, anda masih perlu memahami cerita asal dan segala teori dan simiotika yang mengganggu anda itu hanyalah bahagian yang lain. Jangan campur adukkan, kerana ayat ini akan muncul, "aku tak faham cerita ni, susah nak faham". Sebenarnya anda mungkin sengaja untuk tidak faham kerana mencampur adukkan apa yang aku terangkan tadi. Santai ajja pak!

Dari sudut fahaman aku tentang perwatakan yang dibawa oleh Bakar atau Pekin Ibrahim adalah seorang pemuda yang mementingkan meterial dunia. Dia sebenarnya takut akan bayang-bayangnya sendiri dan selalu menyorok di belakang topeng kacamatanya. Seorang yang berselindung dari kejahatan yang dilakukan dan suka dianggap mulia.

Ilham atau Faizal Hussein, dia seorang yang lembut yang membawa jasad kejam dan mempersetankan rasa takutnya, tetapi alah dengan ketentuan Ilahi kerana walaupun sekejam kita menilainya, dia tidak sanggup meratah dan menusuk kerambit kesayangannya kedalam darah dagingnya sendiri. Dia muncul abang, dan mati sebagai anak, adik-beradik dan hamba walaupun tugas dunianya sebagai pembunuh upahan yang menepati janji. Seorang yang tahu membuat keputasan dan bersedia dengan impak yang akan muncul.


tak seronok rasanya menjadi aku jika aku menceritakan semuanya. dan lebih kejam serta menjadi bodoh, kerana anda punyai akal, hati dan firasat yang lebih pintar, pantas untuk berfikir dan membuat spekulasi sendiri bukan??

bukan seruan, cuma berkongsi pendapat walau tak bersependapatan. Apakata jika anda menilainya sendiri di panggung dan merasainya serta melihat dari sudut ilmunya, dari sudut kehalusan pemotretnya, atau sekadar melihat dan menonton. Jangan ragu-ragu, tangan satu dalam saku, impaknya akan menyusul walau anda hanya memilih untuk duduk di kerusi wayang.

ini bukan ulasan atau biasa sahabatku memanggil riview, aku ingin ucapkan dengan mudah melalui lidah, tetapi anda tak punyai masa untuk aku bukan? bagi aku salah satu sebab anda perlu menontonnya di wayang kerana perasaan dan rasa itu mungkin tak sama bila anda menonton di 'utube' atau astro, atau dvd atau mendengar cerita rakan. jelas?


Belum kerana anda belum melangkah ke dalam wayang cerita ini dan memahami 'pohon beringin' yang tertusuk di dada Pok Eng, mengapa Ilham tidak bersedia dengan senjata ketika dibunuh sedangkan dia pembunuh, mengapa langit itu pelik dan mengapa anda belum mempersoalkan diri sendiri tentang 'mengapa'.


-sedang aku kata bukan, aku sedang membenarkan bukan. sedang aku kata benar, aku menidakkan-

Jumaat, 23 Disember 2011

"kisah kecil"

ini bukan kisah aku, tapi kita.....
renung sekejap langit itu, mungkin esok berubah...

Jumaat, 9 Disember 2011

"mata belum dipejamkan untuk melihat kebesaranNya"


ya aku bangkit dari tidur semalam
berpuluh jam yang lalu
dan belum dipejamkan olehMu
Kau gerakkan aku kesana dan kesini untuk melupakan mengantuk
kudrat aku bukan begini...asalnya...mungkin...
aku kerdil dibawah langitMu
aku saksi ia menjelma
kau tunjukkan lagi kebesaranMu pada ku...
lepas satu-satu, Kau tak jemu...
jadi aku mula berbagi tentangMu kepada mereka yang ingin tahu dan lihat...


Ahad, 20 November 2011

"mitoskah rasa ini"

ketika aku merenung langit yang luas ciptaan Ya Rabbi, aku lihat ada tiga ketul awan yang sangat besar datang kepadaku...

ketiganya hanya hampir dan lesap...aku mengesan kalau-kalau ada perubahan pada diriku...ke kiri dan ke kanan menoleh membongkok...soalan yang timbul hanya dua, adakah benar ia berlaku? dan apakah yang akan berlaku?.

dan memang benar dan nyata ia memberi kesan kepadaku, suatu perasaan pelik telah muncul dalam diriku, dan ia adalah suatu perubahan. Dan yang memberinya nikmat dan keanehan itu hanya satu...Dia...

-3-2-1....semuanya menuju ke arahNya....


langit di bumi Melaka, jam 6.30 petang...

Selasa, 18 Oktober 2011

"LALUI JALAN YANG BUKAN JALAN"


bila melangkah percubaan untuk sesuatu yang baru,
kau akan temui jalan yang pelik,
dan kenapa itu muncul berlari dan terbang,
meniti kesukaran atau senang bukan lagi soalmu bukan???
yang penting kau mahu jalan itu berakhir dan mahu mengetahui penamat....

kadangkala kita perlu 'melalui jalan yang bukan jalan' untuk mencipta perjalanan baru...