Selasa, 19 Oktober 2010

"penanda aku"



jika dulu penanda buku tidak asing bagi aku...
kini penanda buku kian aku lupa...
beberapa saat lepas mengenangnya..
pernah berkhidmat setia di bawah naunganku...
tak peduli di bawah tajuk apa dia meringkuk...
masih setia tanpa bantahan...
membuka tepat halaman ku cari...
dia tersenyum tanda akan terus berkhidmat...

seakan aku ingin mempromosikan kepada mereka..
yang sukakan kekerasan..
meletakkan penanda buku...
sebagai tanda halamannya bukan disitu..
lekatkannya di buku lima dan buku lalinya...
supaya mereka tahu penanda itu tidak sukakan kekerasan..

aku juga ingin menghadiahkannya kepada mereka yang cintakan masakan..
agar mereka tahu bahawa makanan itu perlukan keseimbangan...
supaya sang penerima tahu sebuku garam itu bernilai...
nilainya boleh menjadikan hidup ini lebih bermakna...
seprti kata orang asam garam kehidupan...

aku masih mengigati mereka yang sukakan gelombang muka..
setia di depannya dengan luahan..
memberi perasaan setiap kali melayannya....
biar mereka tahu adakalanya mereka harus berhenti disitu...
melihat apa yang mereka buktikan di muka buku itu.....

aku bukanlah panglipulara....
bukanlah hebat...
bukanlah aku tanpa aku...
bukanlah kau tanpa aku...
bukanlah aku tanpa kau...


tandanya buat suatu peristiwa itu pernah berlaku...antara jasadku dan roh ku...pernah ku berjanji..akanku jadikan jiwaku kepada satu....tandanya buatkan aku...........


begini....

MIMPILEM gempak yang mendalam...!!


30 Oktober 2010 @ MAP KL Solaris Dutamas
5 Petang - 7 Malam ; Filem Dari Indonesia
8 Malam - 10.30 Malam ; Filem Dari Malaysia


...1 Filem Panjang Dari Indonesia berjudul cin(T)a disebelah petang

8 Filem pendek pendek akan ditayangkan dan diserikan lagi dengan persembahan akustik yang gempak gempak pada sebelah malam.

Kepada yg nak datang malam Sila datang awal kerana kita akan bermula seawal jam 8.00 malam agar majlis dapat dihabiskan sebelum 10.30 malam.

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali rumah anda dilanda banjir dan risau ia akan memudaratkan haiwan peliharaan anda.

Anjuran : PARADOKS dengan Kerjasama FRINJAN @ MAP KL.

Filem Pendek;

Peristiwa Bunga Telor
- Alif Ihsan Rahman

Typical Malay, Censorship And Limitation
-Tengku Alif Fikri

Perempuan, Hantu dan Skandal
-Ridhwan Saidi

Bandar Jahil
- Haris Mohd Nor

Kiamu
- Anwari Ashraf

Rompak Direct
- Ismail Abd Rashid

The Arc Of Life & Confession Caludius
- Mohd Kirimaru

AKUSTIK

- Arrif Fardillah
- Roy Sade



http://www.facebook.com/event.php?eid=157906887572750#!/event.php?eid=157906887572750

sebelum ini PARADOKS pernah menganjurkan event yang sama di tempat yang sama. Event tersebut mandapat sambutan yang hangat dari pelbagai lapisan umur, gender, bangsa dan agama. Ia bukan sesuatu yang harus dipersoalkan, apa yang penting ia adalah dibawah satu (1) usaha dan sambutan.



Event anak kita seperti ini mendorong beberapa individu supaya bergerak aktif dalam menjana perkhidmatan di luar kotak. Jika event ini mendapat sambutan planet luar seperti marikh dan zuhal, kemungkinan kehangatan anak kita mampu membuka ruang sepet pemikiran sesetengah pihak. Sebelum mendapat sambutan luar, kita perlulah menyokong usaha ini dan melihat apa yang ingin disampaikan oleh mereka sebelum mengkritik tanpa asas yang munasabah.


Pada kebiasaannya, aku sebagai follower tetap PARADOKS melihat dari sudut 97 darjah penglihatan mampu memberi tabik hormat kepada mereka-mereka yang sering terlibat dalam event-event anjuran mereka,kerana.........kerana mereka mempunyai semangat kekitaan dan hawa nafsu yang kuat dalam luahan minda melalui pelbagai cara yang sangat kreatif.


Walaubagaimanpun, masih ramai kamu-kamu yang tidak peka dengan gerakan ini. Jadi, tanpa segan silu sertailah mereka dan kita-kita dan rasailah kehangatan dalam setiap event yang mendatang!!!

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kelantan pembangkang, bukan musuh: Nik Aziz

PASIR PUTEH - Kelantan adalah negeri pembangkang, bukan musuh Kerajaan Pusat sehingga dinafikan pelbagai hak termasuk menafikan 118 projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pusat menghentikan begitu banyak projek yang sepatutnya diperolehi negeri itu semata-mata ditadbir parti pembangkang.

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

“Perdana Menteri ketika itu memberi alasan laut kita cetek, sedangkan manusia boleh menyelesaikan masalah sedemikian termasuk dengan cara mendalamkannya.

“Lapangan terbang pula, baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin Kerajaan Pusat juga telah memberi pelbagai tanggapan negatif kepada pelabur luar yang mahu memasuki negeri itu kerana mahu membiarkan Kelantan terus ketinggalan dari segi ekonominya.

Nik Aziz berkata, itulah salah satu faktor Pas melawan Barisan Nasional (BN) kerana diskriminasi yang diamalkan selain fahaman politik yang ternyata berbeza.

”Siapa pun yang berada di pihak mereka (BN) kita terpaksa lawan kerana kita bukan melawan batang tubuh tetapi kita melawan kerana ideologi mereka tidak berdasarkan Islam.

”Siapa pun kita lawan kerana lawan kita ini bermaksud untuk membetulkan, menyedarkan mereka agar tidak terpesong dengan ajaran Islam,” katanya.

Ketika ditanya isu yang akan dibangkitkan Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nik Aziz berkata, beliau hanya menekankan ajaran Islam dan menyerahkan soal membangkitkan isu kepada pemimpin lain.

Sementara itu pada majlis berasingan di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, Pas akan mengumumkan calon mereka yang akan bertanding di Galas bila tiba masanya.

“Itu dia ada program dia. Akan sampai masanya. Bila tiba masanya..tak apa...saya akan beritahu. Tak payah risau,” katanya

Mengenai keputusan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan persetujuan menerima tawaran sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, beliau berkata:

“Hak tu ikut dia (Tengku Razaleigh)...dia punya fasal. Kita lawan tetap akan lawan. Dia nak terima tak nak itu dia punya fasal. Saya kenal dia lama. Saya rasa dia tak layak jadi calon. Masa dia jadi ketua perhubungan pun di Kelantan tetapi dia sendiri tak calon diri dia untuk DUN.

“Apa ertinya masa dia sendiri jadi ketua perhubungan dia tak calon diri dia sebagai ADUN...tiba-tiba sekarang ini dia jadi Ahli Parlimen kita suruh dia turun ke bawah. Ini tak betul.”

p/s: tegur bila perasan, perasan sebab wujud, wujud bila kehendakNya, kehendakNya mahukan kebaikan, kebaikan kita bersama........

(sumber sinar harian)

Selasa, 5 Oktober 2010

Sejarah Kewujudan Akta ISA di Malaysia

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960.

Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Pernyataan seksyen perundangan yang berkaitan Akta ISA adalah seperti di bawah:

Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.

Akta ini merupakan satu mekanisme pencegahan yang sangat berkesan serta masih dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Penahanan

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

60 hari pertama

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Penyeksaan

Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.


Kritikan

Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.

 

 

Fenomena Laut Terbelah


Keajaiban di Pulau Jindo bentuk laluan sementara 2.8 kilometer selama sejam


APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun. Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter. Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.


Kisah Nabi Musa belah samudera


Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.


Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa. Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.
 
 INFO: Laut terbelah Jindo


  • Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.



  • Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.



  • Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.



  • Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.



  • Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun. 











  • sumber: http://akukertasputih.blogspot.com/2010/09/fenomena-laut-terbelah-terbelah-dan.html

    Ahad, 3 Oktober 2010

    Antara Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia

    1). Nabi Muhammad SAW

    - Nabi umat Islam yang paling agung

    2). Isaac Newton

    - Ilmuwan agung , antara penemuan terpenting Newton adalah dalam bidang mekanik , pengetahuan tentang pergerakan sesuatu jasad.

    3). Nabi Isa A.S

    - Antara 25 Rasul bagi umat Islam & punca terjadinya agama Kristian

    4). Buddha

    - Ajaran Buddha

    5). Confucius

    - Ahli falsafah Cina yang teragung

    6). St. Paul

    - Pengikut Nabi Isa A.S dan penyebar utama ajaran Kristian

    7). Ts`ai Lun

    - Pencipta kertas

    8). Johann Gutenberg

    - Pencipta percetakan (mesin cetak)

    9). Christopher Columbus

    - Orang yang menemui Amerika

    10). Albert Einstein

    - Saintis teragung abad yang ke - 20

    11). Karl Marx

    - Pelopor utama gagasan `sosiolisme saintifik`

    12). Louis Pasteur

    - Ahli kimia & biologi Perancis

    13). Galileo Galilei

    - Saintis Italy

    14). Aristotle

    - Ahli falsafah agung dan juga saintis dunia purba

    15). Lenin

    - Pemimpin politik yang bertanggungjawab atas fahaman komunis di Rusia.

    16). Nabi Musa A.S

    - Antara 25 Rasul umat Islam

    17). Charles Darwin

    - Pengasas teori evolusi organik

    18). Shih Huang Ti

    - Maharaja yang menyatukan China melalui kuasa ketenteraan.

    19). Augustus Caesar

    - pengasas empayar Rome.

    20). Mao Tse-tung

    - Pemimpin partis komunis paling berkuasa di china.

    21). Genghis Khan

    - Penakluk unggul dari Mongol

    22). Euclid

    - ahli geometer Greek

    23). Martin Luther

    - Penentang gereja katolik Rom dan memulakan reformasi Protestan.

    24). Nicolaus Copernicus

    - Ahli astronomi Poland

    25). James Watt

    - Tokoh terpenting dalam revolusi industri yang sering dikaitkan dengan rekaan enjin stim.

    26). Constantine The Great

    - Maharaja Kristian Rome yang pertama.

    27). George Washington

    - Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

    28). Michael Faraday

    - Penghasilan elektrik

    29). James Clerk Maxwell

    - Ahli fizik British

    30). Orville Wright & Wilbur Wright

    - Membina kapal terbang

    31). Antoine Laurent Lavoisier

    - Saintis Perancis , tokoh utama dalam pembangunan kimia.

    32). Sigmund Freud

    - Pengasas psikoanalisis.

    33). Alexander the great

    - Penakluk paling mahsyur zaman purba.

    34). Napoleon Bonaparte
    - Jeneral dan maharaja Perancis

    35). Adolf Hitler

    - Pemimpin Nazi

    36). William Shakespeare

    - Penyair Inggeris

    37). Adam Smith

    - Tokoh terkemuka teori dalam bidang ekonomi.

    38). Thomas Edison

    - Seorang pencipta yang serba boleh.

    39). Antony Van Leeuwenhock

    - orang yang menemukan mikrob.

    40). Plato

    - Ahli falsafah Greek.

    41). Guglielmo Marconi

    - pencipta radio

    42). Ludwig Van Beethoven

    - Pencipta muzik teragung

    43). Werner Heisenberg

    - Ahli fizik dari German

    44). Alexander Graham Bell

    - Pencipta telefon

    45). Alexander Flaming

    - Orang yang menemuken penisilin.

    46). Simon Bolivar

    - Tokoh politik yang memainkan peranan dalam membebaskan lima buah negara iaitu Colombia , Venezuala , Ecuador , Peru dan Bolovia dari Sepanyol.

    47). Oliver Cromwell

    - Pemimpin tentera yang bijak yang mengetuai Parlimen mencapai kejayaan dalam Perang Saudara Inggeris.

    48). John Locke

    - Ahli falsafah Inggeris

    49). Michelangelo

    - Artis Zaman Pembaharuan

    50). Pope Urban 2

    - Paderi yang mula-mula mengisyhtiharkan perang ke atas umat Islam untuk mengambil semula tanah suci Baitulmaqdis.

    Sabtu, 2 Oktober 2010

    Camera lines


    Nama 'ARRI' diambil sempena nama August Arnold [?-1983] and Robert Richter [1899-1972]. Mereka mendirikan syarikat mereka pada tahun 1917 di Munich, Jerman. Syarikat ini mula menghasilkan printer dengan filem dan mesin pemprosesan filem. Pada tahun 1924 mereka mengembangkan produk pertama mereka kamera filem 35mm , Kinarri 35. Pada tahun 1928,muncul pula Kinarri 16 dan pada tahun 1937, 35 Arriflex diperkenalkan.





    Arriflex 416 [foto oleh Wim Robberechts]


    Kinarri 35 & Arriflex 35

    Arriflex 16STb   
     








         


    Arriflex 16ST - dengan magazine
    Arriflex 16BL 



     







    Arriflex 35BL