Jumaat, 23 Disember 2011

"kisah kecil"

ini bukan kisah aku, tapi kita.....
renung sekejap langit itu, mungkin esok berubah...

Jumaat, 9 Disember 2011

"mata belum dipejamkan untuk melihat kebesaranNya"


ya aku bangkit dari tidur semalam
berpuluh jam yang lalu
dan belum dipejamkan olehMu
Kau gerakkan aku kesana dan kesini untuk melupakan mengantuk
kudrat aku bukan begini...asalnya...mungkin...
aku kerdil dibawah langitMu
aku saksi ia menjelma
kau tunjukkan lagi kebesaranMu pada ku...
lepas satu-satu, Kau tak jemu...
jadi aku mula berbagi tentangMu kepada mereka yang ingin tahu dan lihat...


Ahad, 20 November 2011

"mitoskah rasa ini"

ketika aku merenung langit yang luas ciptaan Ya Rabbi, aku lihat ada tiga ketul awan yang sangat besar datang kepadaku...

ketiganya hanya hampir dan lesap...aku mengesan kalau-kalau ada perubahan pada diriku...ke kiri dan ke kanan menoleh membongkok...soalan yang timbul hanya dua, adakah benar ia berlaku? dan apakah yang akan berlaku?.

dan memang benar dan nyata ia memberi kesan kepadaku, suatu perasaan pelik telah muncul dalam diriku, dan ia adalah suatu perubahan. Dan yang memberinya nikmat dan keanehan itu hanya satu...Dia...

-3-2-1....semuanya menuju ke arahNya....


langit di bumi Melaka, jam 6.30 petang...

Selasa, 18 Oktober 2011

"LALUI JALAN YANG BUKAN JALAN"


bila melangkah percubaan untuk sesuatu yang baru,
kau akan temui jalan yang pelik,
dan kenapa itu muncul berlari dan terbang,
meniti kesukaran atau senang bukan lagi soalmu bukan???
yang penting kau mahu jalan itu berakhir dan mahu mengetahui penamat....

kadangkala kita perlu 'melalui jalan yang bukan jalan' untuk mencipta perjalanan baru...

Selasa, 11 Oktober 2011

ROTI BAWANG


KARIM. Seorang pemuda lingkungan 20-an bangkit dari tidurnya, sedikit mengeluh kerana jam di dinding mengingatkannya bahawa dia terlewat untuk ke sekolah.

KARIM ke ruang dapur mencari makanan, dalam fikirannya terbayang-bayang hidangan teo panas dan 2,3 keping biskut. Baginya sudah memadai.

KARIM ternampak sebotol serbuk Nescafe yang tersenyum dari tadi tanpa pengetahuannya. KARIM mencapai botol nascafe tersebut. Dilihatnya isi serbuk nascafe tadi mampu menghilangkan dahaganya selama sebulan, itu apa yang berputar di dalam akalnya. Sedikit air paip dimasukkan ke dalam pemanas air lalu dipanaskan.

-gelas diambil
-serbuk nascafe 2 sudu
-gula 3 sudu

Lalu tersenyum seperti melihat hidangan arak, perlakuan yang mengigatkannya di dalam santapan filem Hollywood saban masa. Mengeluh. Persoalan di minda, mengapa mudah terpengaruh. Diam sambil menghayun sudu menghancurkan gula pemanis kesukaan semut. 3 hirupan member inspirasi.

Diambil gandum dari laci, bawang putih 2 ulas dan sebiji bawang besar. Menyedia seperti tuksng masak yang berpengalaman. Namun KARIM termenung memikirkan gas yang kehabisan dan keperluan utama yang lesap,minyak masak.

Teringat kata-kata kawannya, “ at least you try ” pengucapan ketika minum petang di sebuah kafe beberapa bulan yang lalu. Terpandang sebuah mesin yang merentas peradaban masa, periuk nasi elektrik berjenama Global. Dimasukkannya campuran gandum dari laci, bawang putih 2 ulas dan sebiji bawang besar tadi. Butang penyelesaian masakan ditekan, ‘cook’!!

Selang 2 min dibalik-balikkan campuran tadi yang makin kering. Aroma bawang memenuhi ruang dapur. Dimasukkannya ciptaan ROTI BAWANG tadi ke dalam pinggan leper dan sesudu gula halus ke dalam piring kecil.

-menikmati bersama Nescafe suam
-tersunyum seorang
-berharap
-berharap
-berharap………………………………………………………………

Lebihan ROTI BAWANG tadi disimpan didalam tong sampah berplastik hitam. MUAL!!!!!!!!

Karim ke hujung jendela memandang langit berawan harmoni. Ini gara-gara wang yang habis dimamah harga yang makin melambung!!

  • Aku berharap kisah aku tak sama dengan KARIM!!! Cis KARIM!!!


Khamis, 11 Ogos 2011

" DEWA "

hari ini aku akan terbang tinggi ke langit,
melihat ke bawah yang selama ini aku melihat ke atas,
mungkin suatu keajaiban berlaku mengulit,
yang selama ini hanya ku kagumi di kertas,
KAU beri aku keajaiban yang satu,
akan ku kagumi seribu.

hati bangkit menilai,
aku kita sama tahu yang bukan tiada. KAU ada,
diam tiup angin masih ada,
sempit padat masih ada,
jatuh bangkit masih ada,
jadi hari ini keajaiban itu akan muncul!!!

aku tahu yang mereka tahu....

-KAU ada, aku menanti keajaiban dari MU-


Jumaat, 5 Ogos 2011

' pejam '

Aku melihat alam yang menari dan kadangkala melontar cahaya unggul membenam kegelapan tanpa meminta di bayar kosnya. Dari mula hingga akhir aku mengerti yang tajuknya hari ini adalah sebuah perjalanan menuju ke arah Mu. Memberi yang lima itu untuk mereka dan aku jalankan, dilahirkan semula rasanya jika berbuat tanpa tapi yang mungkin mencederakan imbal balas dari Mu. Cuma berikan aku gerakan yang padu untuk langsung melakukannya. Kerana aku ciptaanMu.

-salahkah aku Tuhan???-

" seangkatan perusuh '

Ketika sedang hiruk pikuk laungan tohmahan perusuh diberikan kepada marhaen, ketika itu kamu sedang merusuh. Akan tetapi rusuhan kamu tidak memberi kesan kepada tindakan yang telah kamu lakukan, cuma telah menjadi kesan kepada tanggapan umum kepada mereka yang melaungkan keadilan yang dituntut. Keadilanmu yang dikatakan hanya terletak di celah tapak kaki yang berbau ketakutan. Membunuh tanggapan jahat terhadap mu, dan mencipta najis kepada mereka yang tidak sepatutnya.

dan namamu sebenarnya BANGSAT!!!

-dan kamu sepatutnya di berikan puasa seumur hidup bagi menggantikan hukuman mati yang sepatutnya-

Rabu, 1 Jun 2011

" jangan cerita sama Dia "

jangan cerita sama Dia kalau kau buat semua perkara ikut nafsu.
kau kurang sana, kau tambah sini lebih.
Dia hanya melihat menunggu masa meletakkan kau ke dalam keinsafan.
sekejap masa sahaja jika mahu, maka jadilah apa yang Dia mahu.
Dia gengster segala gengster!!!
kau cari Dia sebelum kau jumpa kau dalam aku, kau akan jumpa pelik dalam aneh.

jangan salahkan aku punya rakan sama kawan kalau soalan nanti tiada jawapan dapat sakit.
Dia tarik apa yang dia punya bukan aku punya bukan kau punya.
jangan jadi sombong, bongkak gila.
aku pesan bukan pesanan, utusan asal semua tahu.
silam khilaf, hari ini mohon maaf tanpa surat, Dia terima.
tak perlu cop doktor mahupun pegawai 41.

ini kata dalam belit ada pelik.
tapi kau belit buat semua pelik tiada siapa boleh halang.
sama kau pemerintah yang aku sayang!!!


p/s: untuk kanak2 kecil yang main api jual warisan di sekolah.

Jumaat, 13 Mei 2011

Menjenguk Peluang

segala macam segala rasa
suatu ketika muncul sepasang mata yang melilau tajam.
anak matanya bermain-main memutar tanggapan.
aku seakan percaya bahawa aku bukan sasaran anayanya
seperti atap mempercayai tiang, bahawa dia tidak akan roboh.
seyuman yang terukir sarat dengan kepercayaanku.

kini kata-kata adalah lirik terbaru yang mengunci aku dalam jerat yang diciptanya.
tariannya tiada sumbang selangakah, membuat aku lebih percaya.
semakin lama semakin selesa dan semakin menghampiri misi terakhir perangkapnya.

nah!!! sebakul lagi kepercayaanku berikan padanya!
ketika yin yang menjadi satu falsafah kehidupan, sebelum itu sudah muncul orang sepertinya.

menjeguk peluang menikam belikat!
harta pribumi dipunggah diikat!

aku seru segala sahabat!
bangunlah bangkit sebelum terlambat!
sebelum dia selesai menyikat!
jangan tunggu mentari rapat!
baru tergadah ketika merempat!
jenguklah peluang selagi sempat!!!

-dedikasi untuk kau!-

Rabu, 9 Mac 2011

'yang dah lepas'


jangan kenang benda yang dah lepas.....(orang tua selalu cakap)
benda yang dah lepas kena ungkit......(orang muda cakap)

"filem pilihan aku buat masa kini"


Siapa yang selalu mengikut perkembangan Danny Boyle, anda harus menonton filem terbaru arahan beliau.Pada pengamatan saya, filem kali ini mungkin tidak kurang hebatnya seperti filem arahan beliau ynag sebelumnya iaitu filem 'Slumdog Millionaire'


Antara babak di dalam filem 127 hour...


Adakah peluang memenangi OSCAR bagi filem ini?? aku rasa ya!! tapi tak...hanya tercalon....ceh! hahaha..... sesiapa yang dah tengok, jangan cerita kat aku sebab sememangnya aku tak seronok dengar korang cerita.
(sebab aku tak tengok lagi buat masa ini)