Jumaat, 17 September 2010

"penglihatan masih tidak berhak untuk menilai"

tilam kapas

semalam masih berdiskusi...masih bernyawa seperti alam kelmarin..
ada seorang bersuara menyatakan kekuatan ilmu bergantung pada umur....
aku anti kepada pendapat itu...bercanggah dengan ku...tapi dia masih bersuara...katanya sampai tua pun lelaki tak akan matang..mau gelak aku tak mmpu.....

masih bicara....ak tak puas....tapi hanya si bodoh bicara dgn si bodoh...jadi aku diam..

semalam..kerana keangkuhan orang atasan, orang bawahan menangis ditindas...
kerana bicara masih kosong, ak masih bicara....sistem??aku tak nak cakap apa-apa...Allah lebih tahu...

jom ke tilam kapas bersamaku meneruskan mimpi semalam yg belum habis...episod ketenangan ku harapkan....
rehatkan roh-roh kamu....

p/s:aku tak tahu nak ertikan hidup jika si tua angkuh dengan umur mereka....

cuba

ketika penumbuk lima tersasar akibat tepisan....
hati hancur...
ketika menangis teresak2 ditinggalkan..
hati hancur..
ketika gagal menimba ilmu..
hati hancur..
ketika rakan membenci..
hati hancur...
ketika tersilap mmbuat kputusan..
hati hancur..
ketika x dipercayai..
hati hancur..
ketika harapan dimusnahkan..
hati hancur..
ketika panah tak mengena sasaran
hati hancur...
ketika ada saja yang x kena..
hati hancur...

bila aku mencuba untuk mencuba...
aku tersenyum...
tersenyum dalam mencuba..
mencuba tersenyum ketika hati hancur..
dan mencuba untuk mencuba.........................cuba..memanah dalam sasaran yang tak jelas...

pendek sahaja

mata dalam kaca,
gigi taring puteh,
gengam penumbuk meninju,
duit dalam saku,
makin lama makin berpinak,
arah sana arah sini,
duduk rumah goyang kaki,
gelak tawa makan maki,
dalam nota simpan rahsia,
bina impian sia-sia,
tutup mata,
aku gelap,
gelap.

p/s: nak cakap kat siapa?

Khamis, 16 September 2010

celaka yang mengamankan

krrrrrrriiiiiiiiiiinnnggg!!!
bangun dan menggeliat buka mulut luas-luas.
tarik tuala ke bilik basah.
krim puteh berperisa pudina disalut rapi pada berus gigi.
bunyi air yang keluar dari paip ibarat nada dan irama yang sinonim setiap pagi.

(nota rosak dijirus air bersih kesejukan pagi/black out)

bersubuh hari ini belum pasti esok.
fabrik 3 lubang di tembak kepala dan tangan.
pelikat bercorak kosong fesyen pagi itu.
karpet bersulam di hampar berkiblat.
makanan pagi tadahan doa.

masih aman tanpa celaka.

pekena baju biru berseluar puteh berseri pagi.
teh o', nasi goreng nampak sedap dengan sendawa.
tarik beg langkah luas berstoking hitam.
bersepatu hitam berlari anak.

(jerit-jerit si polan memanggil namaku)

rupanya penyampai sejarah negara dah sampai.
senyum pagi nampak beku kadangkala.
bukan apa, aku yang membekukannya ketika aku di ganggu berilusi didalam mimpi.
huh!!

bab 2 mukasurat 10.
dah hafal semalam?tanya dia.
dalam benak fikiran ku ligat memaki hamun diri sendiri.
semalam tidur beraja menjadi nafsu.
aku lupa ada tugasan.
tadah sindiran lagi hari ini.
hurm....
sabar.....esok, lusa terjadi lagi.

balik tidur.

hari ini aku berbangga kerana bila terjaga aku merasa celaka yang mengamankan.
alam itu aku tinggalkan sesuku sesalan.
nasib baik aku tak hafal nota-nota yang dimanipulasi itu dulu.
hurm..
duniaku kini sungguh celaka dalam aman.
bangga menjadi aku sehingga aku pun tak kenal aku.

aku nak buat robot macam kilang.
siapa nak tolong?
angan-angan berindividu.
kacang cap tangan jadi suapan.
suap lagi, angan lagi.

nak jadi kaya.
suap lagi.
sambil senyum berwajah tenang masih nak kaya lagi.
suap lagi.

tukar angan-angan.

nak jadi pembuat cip.
nak format minda yang terasing dan bervirus.
cipta anti virus minda.
siapa nak beli?
mungkin tiada siapa kerana anti virus aku pakai teknik membaca dan mendengar.
tak mampu.

dah berapa kali  tersuap aku tak pasti.

bila dah banyak kali tersuap, aku tak bersuara.
hurm....macam tengok cerita Mr. Bean.
kini aku nak bersuara.
suara gelakkan.
hahahahahahahaha.....

aku berasa makin celaka yang mengamankan.
semakin resah dan gundah gulana.
semua dah jadi robot.
dah rosak cip.
makin ramai.
makin.
maki.
mak.
ma.
m.
.
.
.
.
.

p/s: sayangi mak anda dan segalanya yang bermula dengan sejarah.....sejarah itu adalah segala mak yang melahirkan segala-gala cerita dan hakikat.(tapi bukan ini yang aku maksudkan sebenarnya).......hahahaha....




Jumaat, 3 September 2010

Lagu Solidaritas

Ayo bangsa-bangsa dunia!
Bergabung dan sepakatlah :
Agar dunia jadi milikmu
Jadi lumbung nan besar
Maju dan jangan lupa
Yang bikin kita kuat !
Dalam lapar atau kenyang
Maju dan jangan lupa
Sang solidaritas !
Si hitam, putih, coklat, kuning !
Sudahilah pembantaian
Andai rakyat yang bicara
Kan cepat bersepakat
…..
Kaum proletar sedunia,
Bersatu maka merdeka
Barisan kalian yang besar
Hancurkan penindasan !
…..
(1931)

Sajak Brecht yang berjudul Lagu Solidaritas.Dinyayikan oleh Komponis Hanns Eisher (1948-1962) bahkan menjadi salah satu lagu terpenting dalam gerakan kaum buruhinternasional dan sampai sekarang sering dinyanyikan oleh kelompok-kelompok kiri.

Khamis, 2 September 2010

Ini adalah dokumentari yang mengambil posisi. Punya pendirian yang jelas tapi cukup berseni. Menyingkapi sejarah tanpa kompromi. Tidak ada garis tengah di dalam menyikapi sejarah. Kerana sejarah yang disumbatkan ke dalam kepala otak kita selama ini adalah sejarah yang berpihak. Keberpihakan kepada mereka yang menang. Keberpihakan kepada mereka yang berkuasa. Keberpihakan kepada elit pemerintah. Keberpihakan kepada UMNO. Itu yang nyata. 

Fahmi Reza di dalam dokumentarinya Revolusi 48 membongkar hipokrasi sejarah ciptaan pemerintah.Dokumentari kedua dari Fahmi Reza ini dipertontonkan secara private bersama 10 Tahun Merdeka tanpa gangguan lembaga biru atau seangkatannya di KLSCAH (Auditorium KLSCAH
Jalan Maharajalela (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela) Kuala Lumpur, Malaysia,31 OGOS, 0300 petang waktu Malaya. 
Dokumentari pertama Fahmi Reza 10 Tahun Sebelum Merdeka
telah mengelilingi beberapa festival filem antarabangsa dan turut memenangi anugerah Filem Dokumentari Terbaik di Freedom Film Festival pada tahun lalu. Menjejaki kembali garis sejarah yang ditinggalkan di 10 Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi kembali mengasak minda kita dengan satu lagi buah tangan yang dihasilkan dengan penyelidikan yang rapi dan teliti.

Menjejaki pemain-pemain sejarah yang dipinggirkan. Menjejaki semula pemain sejarah dari rakyat bawah bukanlah suatu kerja mudah. Tapi inilah yang telah dilakukan oleh Fahmi dengan gigih. Mereka dari rakyat bawah inilah yang diwawancara oleh Fahmi di dalam dokumentarinya. Dokumentari ini bukanlah dokumentari Fahmi Reza. Fahmi Reza cuma merakamnya sahaja serta menyiapkan segala harta  sejarah ini dalam bentuk video@masyarakat lebih sinonim dgn panggilan filem.Dokumentari ini adalah dokumentari mereka rakyat bawah. Mereka rakyat bawah inilah yang bercerita di sepanjang dokumentari Revolusi 48 ini.

Rakyat bawah yang mengangkat senjata untuk merdeka. Rakyat bawah yang terlibat secara langsung di dalam Revolusi 48. Rakyat bawah yang sering dipropagandakan sebagai pengganas oleh pemerintah. Pembohongan pemerintah yang propagandanya ditulis di teks buku-buku sejarah di sekolah-sekolah bahawa – komunis jahat, komunis pengganas, semua komunis adalah orang Cina sahaja, komunis tidak terlibat langsung di dalam perjuangan menuntut merdeka, kita merdeka tanpa tumpah darah, kita merdeka secara rundingan, kita merdeka secara damai, kita merdeka kerana usaha UMNO, ternyata suatu hipokrasi yang penuh helah. Helah untuk mematikan tradisi politik radikal bangsa kita. Helah untuk menguburkan semangat berani bangsa kita. Helah untuk terus menjadikan bangsa kita berjiwa hamba. Helah untuk kita melupakan tradisi politik melawan bangsa kita.

Revolusi 48 mengingatkan kita kembali bahawa tradisi politik radikal, berani dan melawan adalah sebahagian dari tradisi bangsa kita. Bangsa kita bangsa Malaysia yang mengangkat senjata. Mereka yang berani, radikal dan bersemangat waja adalah wajah-wajah yang akan kita temui di dalam Revolusi 48. Perbezaan etnik, agama, budaya, keturunan, warna kulit, gender dan sebagainya bukan penghalang untuk mereka berjuang bersama-sama.

Nilai sememangnya mengatasi segala-galanya bagi mereka yang terlibat di dalam Revolusi 48. Dengan nilai-nilai yang diperkongsikan bersama mereka menyerahkan nyawa untuk merdeka demi tanahair tercinta. Wajah-wajah lelaki dan perempuan yang bercerita dengan penuh bersemangat, yakin dan jujur di dalam dokumentari Revolusi 48 ini adalah wajah patriot sejati yang cintanya pada tanahair tiada berbelah-bagi.

Wajah-wajah berani, bersemangat waja, berjiwa tegar, sanggup menyerahkan nyawa untuk kemerdekaan tanahair tercinta adalah wajah-wajah yang tidak akan kita temui di dalam buku-buku teks sejarah negara kita. Tetapi Revolusi 48 mengungkap dan membongkar ini semua. Bahawa revolusi bukanlah sesuatu yang asing di dalam psiki bangsa kita. Cuma ia telah cuba dipadamkan oleh pemerintah untuk terus menguasai pemikiran kita. Dibengkokkan agar pemerintah terus berkuasa. Dikuburkan agar UMNO terus dilihat sebagai satu-satunya yang berjuang untuk merdeka.

Tapi Revolusi 48 telah membangkitkan semula roh revolusi bangsa kita yang telah dikuburkan sejak sekian lama. Revolusi 48 telah meluruskan semula sejarah yang dibengkokkan sehingga kita tidak tahu bahawa kita juga punya revolusi yang disertai oleh semua anak bangsa Malaya. Pelurusan semula sejarah adalah penting agar kebenaran dapat diketahui. Hanya dengan kebenaran keadilan dapat kita lahirkan. Keadilan buat mereka yang telah berkorban harta dan nyawa untuk kita mengecap merdeka. Keadilan untuk sejarah itu sendiri bahawa merdeka bukan monopoli UMNO semata-mata.

Merdeka adalah milik mereka semua yang telah berjuang kerananya. Khususnya buat mereka yang telah dipinggirkan dari catatan sejarah ciptaan pemerintah. Mereka yang telah berjuang mengangkat senjata di dalam Revolusi 48 ini juga adalah pejuang yang turut menyumbang kepada kemerdekaan tanahair kita.
Tradisi politik radikal adalah sebahagian dari tradisi bangsa kita. Ini jangan sekali kita lupa.


p/s: haha....jangan lah kamu takutkan kebenaran sangat, kerana ketakutan kamu itu akan memakan diri kamu sendiri....hahaha........