Khamis, 16 September 2010

celaka yang mengamankan

krrrrrrriiiiiiiiiiinnnggg!!!
bangun dan menggeliat buka mulut luas-luas.
tarik tuala ke bilik basah.
krim puteh berperisa pudina disalut rapi pada berus gigi.
bunyi air yang keluar dari paip ibarat nada dan irama yang sinonim setiap pagi.

(nota rosak dijirus air bersih kesejukan pagi/black out)

bersubuh hari ini belum pasti esok.
fabrik 3 lubang di tembak kepala dan tangan.
pelikat bercorak kosong fesyen pagi itu.
karpet bersulam di hampar berkiblat.
makanan pagi tadahan doa.

masih aman tanpa celaka.

pekena baju biru berseluar puteh berseri pagi.
teh o', nasi goreng nampak sedap dengan sendawa.
tarik beg langkah luas berstoking hitam.
bersepatu hitam berlari anak.

(jerit-jerit si polan memanggil namaku)

rupanya penyampai sejarah negara dah sampai.
senyum pagi nampak beku kadangkala.
bukan apa, aku yang membekukannya ketika aku di ganggu berilusi didalam mimpi.
huh!!

bab 2 mukasurat 10.
dah hafal semalam?tanya dia.
dalam benak fikiran ku ligat memaki hamun diri sendiri.
semalam tidur beraja menjadi nafsu.
aku lupa ada tugasan.
tadah sindiran lagi hari ini.
hurm....
sabar.....esok, lusa terjadi lagi.

balik tidur.

hari ini aku berbangga kerana bila terjaga aku merasa celaka yang mengamankan.
alam itu aku tinggalkan sesuku sesalan.
nasib baik aku tak hafal nota-nota yang dimanipulasi itu dulu.
hurm..
duniaku kini sungguh celaka dalam aman.
bangga menjadi aku sehingga aku pun tak kenal aku.

aku nak buat robot macam kilang.
siapa nak tolong?
angan-angan berindividu.
kacang cap tangan jadi suapan.
suap lagi, angan lagi.

nak jadi kaya.
suap lagi.
sambil senyum berwajah tenang masih nak kaya lagi.
suap lagi.

tukar angan-angan.

nak jadi pembuat cip.
nak format minda yang terasing dan bervirus.
cipta anti virus minda.
siapa nak beli?
mungkin tiada siapa kerana anti virus aku pakai teknik membaca dan mendengar.
tak mampu.

dah berapa kali  tersuap aku tak pasti.

bila dah banyak kali tersuap, aku tak bersuara.
hurm....macam tengok cerita Mr. Bean.
kini aku nak bersuara.
suara gelakkan.
hahahahahahahaha.....

aku berasa makin celaka yang mengamankan.
semakin resah dan gundah gulana.
semua dah jadi robot.
dah rosak cip.
makin ramai.
makin.
maki.
mak.
ma.
m.
.
.
.
.
.

p/s: sayangi mak anda dan segalanya yang bermula dengan sejarah.....sejarah itu adalah segala mak yang melahirkan segala-gala cerita dan hakikat.(tapi bukan ini yang aku maksudkan sebenarnya).......hahahaha....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan