Rabu, 29 September 2010

"ADA BENANG TAK ADA JARUM"

perancangan rapi telah dibuat
segala bahan-bahan disediakan dengan teliti
semua akal mainan minda di salur tepat untuk divisualkan
tunggu masa untuk melakukan satu perubahan drastik.

hari pertama semua kelengkapan di hadapan mata
'malas' berkata esok masih ada......
jadi aku berfikir esok lebih elok untuk aku kerjakan segala perancanganku
sore tiba dan meninggalkan aku.

mentari muncul tanpa aku sedar
yang pasti hari itu cerah tanpa bantuan spot light buatan manusia.
berdiri aku melihat segala kelengkapan
sambil kalut menyiapkan diri ke 'gedung ilmu'(gedung ilmu@gedung politik aku tak pasti)

tersenyum riang aku dipagi itu tanpa siapa yang tahu, hanya Dia sahaja yang memahami perasaanku ketika itu.
sebelum melangkah meninggalkan 'studio' sempat juga aku menjenguk 'acer'...dia tersenyum di dalam locker.
'Hprinter' juga sempat melambai ke arah ku tanpa aku sedar 'LouisV' sebelah buku-buku ilmiah mengukir senyuman terakhir kearah ku.

*********************************************************************************

acer dan louisV yang hilang dari pandangan ku membuatkan aku tak keruan...
tak tentu hala aku malam itu....
hanya pergolakan dalaman yang berlaku ketika itu.
aku mati dalam semangat berkobar-kobar.
si jahanam telah merampas hak aku!!!

maaf jika kenyataan aku ini mengguris perasaan sesetengah pihak....

AKU BENCI PENCURI!! PERAMPAS HAK!!

kini aku bangkit dari kelemahan hanya dengan segulung benang...........



benang aku ketika ini...

dalam kenangan...aku bangga dengan kau....
kau banyak berjasa....terima kasih....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan