Khamis, 19 Ogos 2010

Demokrasi (demo keras @ demo kasi )?????

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).


Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
>Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
>Rakyat diberi hak mengundi
>Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
>Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
>Kebebasan persatuan
>Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. >Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
>Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan