Isnin, 23 Ogos 2010

Angin Ahmar Buat Mereka

Ambil galah tolong jolokkan,
   Saya budak baru belajar,
Mana yang salah tolong tunjukkan,
     Supaya saya tak kurang ajar.


Masalahnya yang betul pun jadi salah zaman sekarang, yang nak tegakkan kebenaran pula yang jadi kurang ajar. Kalau kurang ajar, tiadalah pula usaha untuk menegakkan kebenaran. Jadi mengapa mengajar anak-anak kecil supaya diam membisu jika melihat kesilapan?? Oh, supaya anak itu tidak mengetahui kisah silam.... Bagus ajarannya, itulah yang sebaiknya dalam mendidik anak kecil untuk menjadi kurang ajar!!

Kerana ketika sedang anak itu meningkat remaja, 
ketika itu jugalah segala macam anasir akan ditemui olehnya.
Yang kurik, yang kundi itu ditemuinya, yang merah saga itu permainannya. 
Akhirnya kebenaran terbongkar seterusnya berlakulah perjuangan 'kurang ajar'. Ya!! kerana kamu dan mereka juga yang kurang memberi didikan dan pendedahan hak humanisasi kepada anak kecil. Maka mereka bangkit dengan perjuangan yang selama ini kamu takuti. Dan ketahuilah bahawa usahamu untuk menyembunyikan kisah lampau adalah usaha 'budak'!!

Nah!! terimalah padahnya sekarang!! Ini bukan permainan yang mampu disogok, kerana ini adalah permainan 
anak kecil yang semakin radikal. Kata orang tua lama 'darah muda, semangatnya berkobar-kobar'.
Inikah permainan pilihanmu?? Jadi jangan takut untuk menerimanya......
Hahahaahaha......Gelak tawa kita mungkin sama sahaja, cuma kemenangannya berbeza.
Kata arwah Achik Spin di dalam bait-bait lagunya Paling Comel yang hangat sekitar tahun 90an, "bola-bola api yang sedulunya kecil dah menjadi besar". Hahaha...... Gelak lagi....!!

Ni, seorang anak mahu bersuara lantang. Siapa mahu dengar?? Mari masuk rapat, dia mahu memberi maklumat sejarah sahaja. Bukan apa-apa. Mari dekat. 

Fahmi Reza, pembikin filem dokumentari dan juga aktivis sosial, telah membawa semula sejarah gerakan mahasiswa Universiti Malaya (UM) melalui projek "Student Power" ke seluruh Malaysia dalam bentuk Public Lecture selama lebih kurang satu jam. Public Lecture ini adalah mengenai sejarah gerakan mahasiswa UM sekitar tahun 60'an yang tidak pernah diceritakan oleh mana-mana individu di zaman sekarang. Paling kuat pun ianya pernah tertulis di dalam beberapa buah buku.

Pada tanggal 10 Ogos 2010, Fahmi Reza dijadualkan akan membawa Public Lecture ini ke UiTM Puncak Perdana. Permohonan untuk membawa beliau masuk ke UiTM adalah berjaya pada awalnya. Sehinggalah ianya gagal pada hari berlangsungnya majlis itu kerana mendapat bantahan dari pihak Universiti di atas alasan permohonan yang tidak lengkap. Majlis yang dijadualkan pada pukul 5 petang itu terpaksa ditunda pada pukul 6.30 petang, dan atas usaha beberapa orang pelajar, mereka berjaya mengumpulkan RM100 sesama mereka dan menyewa sebuah dewan kecil di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam kira-kira 20km dari kampus.




SETERUSNYA!!


Belum pun sudah kisah di UiTM itu berlalu. Public Lecture yang sama telah cuba dibawa oleh beberapa orang pelajar Universiti Malaya (UM) ke dalam kampus mereka. Dengan diketuai oleh Abu Ubaidah Amir, mereka membuat permohonan dan diluluskan oleh pihak UM dan dijadualkan akan diadakan pada 24 Ogos 2010. 

Public Lecture kali ini adalah amat bermakna kerana akan dibawa ke tempat asalnya iaitu UM,  isi kandungan sejarah dalam ceramah ini adalah berkisarkan tentang sejarah mahasiswa UM itu sendiri. Public Lecture ini juga akan diceriakan dengan kehadiran dua ikon gerakan mahasiswa 60'an iaitu Syed Hamid Ali dan Khoong Kim Hoong. Maka beruntunglah mahasiswa-mahasiswa UM kerana mereka mempunyai sejarah gerakan mahasiswa yang hebat dan juga tokoh-tokoh yang masih hidup untuk menceritakan kepada mereka semua, bahawa gerakan mahasiswa ketika zaman 60'an sangat berbeza dengan mahasiswa zaman sekarang.

Namun, beberapa hari selepas ianya diluluskan. Pihak UM membatalkan Public Lecture ini..!!

Ramai juga individu dan kumpulan mahasiswa di luar UM menyatakan kekecewaan. Kecewa lagi mahasiswa-mahasiswa UM yang bertindak sebagai penganjur. Apa yang di dengar dari sahabat-sahabatku, pihak UM membatalkan lecture itu sebelum ianya berlangsung adalah kerana mengikut tindakan UiTM yang telah membatalkannya lebih awal.



MUNGKINKAH???!!!


SEBAIKNYA!!




Kebebasan akademik adalah kebebasan yang mutlak untuk setiap orang yang sedang menuntut ilmu ingin mengetahui dan belajar sesuatu yang baru mahupun yang lama. Tidak kiralah ianya dalam bentuk apa. Kerana penuntut-penuntut ilmu zaman sekarang sudah pandai membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana memberi faedah dan yang mana mengarut. Cuma mereka ini tidak di beri peluang untuk mengetahuinya. Dan juga kebanyakan pengetahuan tidak didedahkan secara jujur. Jika ada yang mengetahuinya, tidak pula dibenarkan untuk menghurai semula serta jauh lagi untuk mengkritik atau memberi pendapat... Sudah tiba masanya untuk pihak Universiti lebih terbuka. Bukan hanya dalam isu "Student Power". Juga terhadap apa-apa isu yang akan mendatang... Semoga kebebasan akademik akan dapat diamalkan...!!!... Dan dapat membawa Universiti-universiti di Malaysia menjadi institut pengajian yang dibanggakan oleh rakyat dan menjadi bualan cendikiawan seluruh dunia.. InsyaALLAH.

**Segala Poster dan Gambar ini adalah milik Fahmi Reza yang aku copy dari laman facebooknya.(klik)

Cerita yang aku ambil tadi sedikit sebanyak dari seorang sahabat seperjuangan, harap-harap dia menghalalkan aku. Hahahaha... Nanti dulu, belum habis lagi. Selang beberapa jam, Fahmi Reza mengeluarkan poster baru yang aku suka,


katanya di dalam facebook, 



STUDENT POWER Public Lecture @ UM 24.08.10 esok telah dibatalkan kerana disekat oleh pemerintah Universiti Malaya buat kali yang keempat. Terima kasih atas segala bentuk sokongan dan solidariti yang telah kamu tunjukkan selama ini. Sudah tiba masa mahasiswa mula berjuang sendiri untuk emansipasi mahasiswa, untuk kemerdekaan mahasiswa dari penguasaan.




Jadi jalan mana lagi? Usaha sudah, ini pun usaha. Demokrasi kan ada, jadi tak salah bukan?
Bergembiralah dengan apa yang berlaku. Jom nyayi nak?haha....

anak kecil main api,
 terbakar hatinya sepi,
 air mata darah bercampur keringat,
 tanah dipijak milik orang....

Nanti!!! Tanah dipijak milik orang? Bukan milik kita ke?
Oh, nasib baik kawan aku ada untuk membantu. Dia cakap, "kau ni, memanglah tanah dipijak milik kita, tapi seakan milik orang."  Oh!! Baru aku faham...Kau tak faham?? Nasiblah.....hahaha....




p/s: Bila kehendak mendahului, jangan risau perbuatan akan menyusul...haha...mohon maaf ya bagi mereka....
Anak kecil kelmarin dah besar lah!! Dah kenal hitam putih!! untuk Fahmi Reza dan Daud Mili mohon maaf ya kerana beberapa sumber yang diambil dari kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan