Jumaat, 23 Disember 2011

"kisah kecil"

ini bukan kisah aku, tapi kita.....
renung sekejap langit itu, mungkin esok berubah...

Jumaat, 9 Disember 2011

"mata belum dipejamkan untuk melihat kebesaranNya"


ya aku bangkit dari tidur semalam
berpuluh jam yang lalu
dan belum dipejamkan olehMu
Kau gerakkan aku kesana dan kesini untuk melupakan mengantuk
kudrat aku bukan begini...asalnya...mungkin...
aku kerdil dibawah langitMu
aku saksi ia menjelma
kau tunjukkan lagi kebesaranMu pada ku...
lepas satu-satu, Kau tak jemu...
jadi aku mula berbagi tentangMu kepada mereka yang ingin tahu dan lihat...


Ahad, 20 November 2011

"mitoskah rasa ini"

ketika aku merenung langit yang luas ciptaan Ya Rabbi, aku lihat ada tiga ketul awan yang sangat besar datang kepadaku...

ketiganya hanya hampir dan lesap...aku mengesan kalau-kalau ada perubahan pada diriku...ke kiri dan ke kanan menoleh membongkok...soalan yang timbul hanya dua, adakah benar ia berlaku? dan apakah yang akan berlaku?.

dan memang benar dan nyata ia memberi kesan kepadaku, suatu perasaan pelik telah muncul dalam diriku, dan ia adalah suatu perubahan. Dan yang memberinya nikmat dan keanehan itu hanya satu...Dia...

-3-2-1....semuanya menuju ke arahNya....


langit di bumi Melaka, jam 6.30 petang...

Selasa, 18 Oktober 2011

"LALUI JALAN YANG BUKAN JALAN"


bila melangkah percubaan untuk sesuatu yang baru,
kau akan temui jalan yang pelik,
dan kenapa itu muncul berlari dan terbang,
meniti kesukaran atau senang bukan lagi soalmu bukan???
yang penting kau mahu jalan itu berakhir dan mahu mengetahui penamat....

kadangkala kita perlu 'melalui jalan yang bukan jalan' untuk mencipta perjalanan baru...

Selasa, 11 Oktober 2011

ROTI BAWANG


KARIM. Seorang pemuda lingkungan 20-an bangkit dari tidurnya, sedikit mengeluh kerana jam di dinding mengingatkannya bahawa dia terlewat untuk ke sekolah.

KARIM ke ruang dapur mencari makanan, dalam fikirannya terbayang-bayang hidangan teo panas dan 2,3 keping biskut. Baginya sudah memadai.

KARIM ternampak sebotol serbuk Nescafe yang tersenyum dari tadi tanpa pengetahuannya. KARIM mencapai botol nascafe tersebut. Dilihatnya isi serbuk nascafe tadi mampu menghilangkan dahaganya selama sebulan, itu apa yang berputar di dalam akalnya. Sedikit air paip dimasukkan ke dalam pemanas air lalu dipanaskan.

-gelas diambil
-serbuk nascafe 2 sudu
-gula 3 sudu

Lalu tersenyum seperti melihat hidangan arak, perlakuan yang mengigatkannya di dalam santapan filem Hollywood saban masa. Mengeluh. Persoalan di minda, mengapa mudah terpengaruh. Diam sambil menghayun sudu menghancurkan gula pemanis kesukaan semut. 3 hirupan member inspirasi.

Diambil gandum dari laci, bawang putih 2 ulas dan sebiji bawang besar. Menyedia seperti tuksng masak yang berpengalaman. Namun KARIM termenung memikirkan gas yang kehabisan dan keperluan utama yang lesap,minyak masak.

Teringat kata-kata kawannya, “ at least you try ” pengucapan ketika minum petang di sebuah kafe beberapa bulan yang lalu. Terpandang sebuah mesin yang merentas peradaban masa, periuk nasi elektrik berjenama Global. Dimasukkannya campuran gandum dari laci, bawang putih 2 ulas dan sebiji bawang besar tadi. Butang penyelesaian masakan ditekan, ‘cook’!!

Selang 2 min dibalik-balikkan campuran tadi yang makin kering. Aroma bawang memenuhi ruang dapur. Dimasukkannya ciptaan ROTI BAWANG tadi ke dalam pinggan leper dan sesudu gula halus ke dalam piring kecil.

-menikmati bersama Nescafe suam
-tersunyum seorang
-berharap
-berharap
-berharap………………………………………………………………

Lebihan ROTI BAWANG tadi disimpan didalam tong sampah berplastik hitam. MUAL!!!!!!!!

Karim ke hujung jendela memandang langit berawan harmoni. Ini gara-gara wang yang habis dimamah harga yang makin melambung!!

  • Aku berharap kisah aku tak sama dengan KARIM!!! Cis KARIM!!!


Khamis, 11 Ogos 2011

" DEWA "

hari ini aku akan terbang tinggi ke langit,
melihat ke bawah yang selama ini aku melihat ke atas,
mungkin suatu keajaiban berlaku mengulit,
yang selama ini hanya ku kagumi di kertas,
KAU beri aku keajaiban yang satu,
akan ku kagumi seribu.

hati bangkit menilai,
aku kita sama tahu yang bukan tiada. KAU ada,
diam tiup angin masih ada,
sempit padat masih ada,
jatuh bangkit masih ada,
jadi hari ini keajaiban itu akan muncul!!!

aku tahu yang mereka tahu....

-KAU ada, aku menanti keajaiban dari MU-