segala macam segala rasa
suatu ketika muncul sepasang mata yang melilau tajam.
anak matanya bermain-main memutar tanggapan.
aku seakan percaya bahawa aku bukan sasaran anayanya
seperti atap mempercayai tiang, bahawa dia tidak akan roboh.
seyuman yang terukir sarat dengan kepercayaanku.
kini kata-kata adalah lirik terbaru yang mengunci aku dalam jerat yang diciptanya.
tariannya tiada sumbang selangakah, membuat aku lebih percaya.
semakin lama semakin selesa dan semakin menghampiri misi terakhir perangkapnya.
nah!!! sebakul lagi kepercayaanku berikan padanya!
ketika yin yang menjadi satu falsafah kehidupan, sebelum itu sudah muncul orang sepertinya.
menjeguk peluang menikam belikat!
harta pribumi dipunggah diikat!
aku seru segala sahabat!
bangunlah bangkit sebelum terlambat!
sebelum dia selesai menyikat!
jangan tunggu mentari rapat!
baru tergadah ketika merempat!
jenguklah peluang selagi sempat!!!
-dedikasi untuk kau!-
Jumaat, 13 Mei 2011
Isnin, 21 Mac 2011
Rabu, 9 Mac 2011
'yang dah lepas'
jangan kenang benda yang dah lepas.....(orang tua selalu cakap)
benda yang dah lepas kena ungkit......(orang muda cakap)
"filem pilihan aku buat masa kini"
Siapa yang selalu mengikut perkembangan Danny Boyle, anda harus menonton filem terbaru arahan beliau.Pada pengamatan saya, filem kali ini mungkin tidak kurang hebatnya seperti filem arahan beliau ynag sebelumnya iaitu filem 'Slumdog Millionaire'
Antara babak di dalam filem 127 hour...
Adakah peluang memenangi OSCAR bagi filem ini?? aku rasa ya!! tapi tak...hanya tercalon....ceh! hahaha..... sesiapa yang dah tengok, jangan cerita kat aku sebab sememangnya aku tak seronok dengar korang cerita.
(sebab aku tak tengok lagi buat masa ini)
Selasa, 28 Disember 2010
"jom heboh untuk MAHASISWA"
Jika diteliti dari pembangunan lahiriah dan kesepaduan Mahasiswa kita pada hari ini, ternyata masih hambar. Oleh sebab itu suatu perancangan ke arah mencapai solidariti Mahasiswa sejagat dibuat. Anda perlulah sempoi dan berjiwa kental kerana ia adalah perancangan besar dalam mencapai negara maju 2020.
Disamping itu, perancangan ini juga dibuat untuk menyahut 'cabaran' Mahasiswa 1 Malaysia yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Jangan buat-buat tak percaya ia adalah untuk memantapkan Mahasiswa negara dalam mencapai ilmu kolektif yang stabil.
Lu mai tang mana, sik paham gapo-gapo, nak khabo nok oyak, kita sama sahaja. Bahasa pertuturan tak penting, yang penting jiwa dan kemahuan.(ops!!maksud aku dalam hal ini, bahasa Melayu kena pertahan, jangan asyik naikkan bahasa asing). Ini bukan skim cepat kaya, cuma skim Mahasiswa bergaya dan berdaya saing sehingga pencapai taraf pemikiran Mahasiswa lain di luar negara, setanding dengan Mahasiswa-mahasiswa di negara maju.
Setakat ini sahaja coretan buat kali ini supaya aku tak dianggap sebagai pembawa propaganda yang tak berkaliber. Silap-silap kena tuduh yang bukan-bukan.
p/s: dalam kaca ada mata, celik mata tgok dunia dari duk mengata-ngata.
Khamis, 9 Disember 2010
"katakan padaku"
katakan padaku kekuatan mana yang kamu pakai...
katakan padaku kebenaran mana yang kamu nyatakan...
katakan padaku seikhlas mana yang kamu berikan...
untuk sebuah pembangunan lahiriah orang di sekeliling mu....
lalu akan aku terbitkan kata-kata manis buatmu pabila pernyataan mu itu mampu membuat aku terdiam kaku tentang apa yang kau katakan padaku. Lantas keagungan itu milik mu jika kekuatan, kebenaran dan keikhlasan yang kamu pakai untuk menyatakan pemberianmu adalah yang paling istimewa.
Tiada secalit dakwat yang akan aku tumpahkan selepas itu melainkan untukmu bagi sebuah kontrak pembangunan jiwa dalaman ku untuk segar bersamamu. Dalam penitian ke jalan itu, akan aku sorakkan namamu hingga menjadi bisik-bisik kecil marhean yang inginkan kesucianmu. Jika dulu bung Karno mahu menggoncangkan dunia hanya dengan sepuluh pemuda, kini aku akan menggoncangkan dunia dengan suatu kenyataan bahawa kekuatan, kebenaran dan keikhlasanmu adalah tulus....
jika!!! kamu membawa kekuatan, kebenaran dan keikhlasan itu seperti kehendakNya.
aku mohon kau katakan padaku........

Isnin, 22 November 2010
Langgan:
Catatan (Atom)