Khamis, 15 Mac 2012

"bunga lalang" -Dain Said-



Pulang semula ke kampung anda dan bertemu dengan adik-beradik anda dan berebutlah harta pusaka dan bergaduh. Premis yang mungkin mudah untuk anda fahami tentang cerita ini. Mudah sahaja!!! Namun, yang menjadi kepayahan buat anda untuk memahaminya mungkin kerana sudut sisi penceritaannya yang berbeza. Tak mengapa, anda masih perlu memahami cerita asal dan segala teori dan simiotika yang mengganggu anda itu hanyalah bahagian yang lain. Jangan campur adukkan, kerana ayat ini akan muncul, "aku tak faham cerita ni, susah nak faham". Sebenarnya anda mungkin sengaja untuk tidak faham kerana mencampur adukkan apa yang aku terangkan tadi. Santai ajja pak!

Dari sudut fahaman aku tentang perwatakan yang dibawa oleh Bakar atau Pekin Ibrahim adalah seorang pemuda yang mementingkan meterial dunia. Dia sebenarnya takut akan bayang-bayangnya sendiri dan selalu menyorok di belakang topeng kacamatanya. Seorang yang berselindung dari kejahatan yang dilakukan dan suka dianggap mulia.

Ilham atau Faizal Hussein, dia seorang yang lembut yang membawa jasad kejam dan mempersetankan rasa takutnya, tetapi alah dengan ketentuan Ilahi kerana walaupun sekejam kita menilainya, dia tidak sanggup meratah dan menusuk kerambit kesayangannya kedalam darah dagingnya sendiri. Dia muncul abang, dan mati sebagai anak, adik-beradik dan hamba walaupun tugas dunianya sebagai pembunuh upahan yang menepati janji. Seorang yang tahu membuat keputasan dan bersedia dengan impak yang akan muncul.


tak seronok rasanya menjadi aku jika aku menceritakan semuanya. dan lebih kejam serta menjadi bodoh, kerana anda punyai akal, hati dan firasat yang lebih pintar, pantas untuk berfikir dan membuat spekulasi sendiri bukan??

bukan seruan, cuma berkongsi pendapat walau tak bersependapatan. Apakata jika anda menilainya sendiri di panggung dan merasainya serta melihat dari sudut ilmunya, dari sudut kehalusan pemotretnya, atau sekadar melihat dan menonton. Jangan ragu-ragu, tangan satu dalam saku, impaknya akan menyusul walau anda hanya memilih untuk duduk di kerusi wayang.

ini bukan ulasan atau biasa sahabatku memanggil riview, aku ingin ucapkan dengan mudah melalui lidah, tetapi anda tak punyai masa untuk aku bukan? bagi aku salah satu sebab anda perlu menontonnya di wayang kerana perasaan dan rasa itu mungkin tak sama bila anda menonton di 'utube' atau astro, atau dvd atau mendengar cerita rakan. jelas?


Belum kerana anda belum melangkah ke dalam wayang cerita ini dan memahami 'pohon beringin' yang tertusuk di dada Pok Eng, mengapa Ilham tidak bersedia dengan senjata ketika dibunuh sedangkan dia pembunuh, mengapa langit itu pelik dan mengapa anda belum mempersoalkan diri sendiri tentang 'mengapa'.


-sedang aku kata bukan, aku sedang membenarkan bukan. sedang aku kata benar, aku menidakkan-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan