Selasa, 16 November 2010

"/ɑ/ Famosa"


          Lokasi:Melaka
Dibina pada:1511
         Fungsi:Tembok pertahanan
          Status:Dimusnahkan oleh Inggeris pada 10 Ogog 1807

Ahad lepas aku berkesempatan melawat ke Melaka dan sempat singgah di bekas kubu pertahanan Portugis berusia kira-kira 500 tahun iaitu A'Famosa. Mengikut bahasa Portugis Kuno A'Famosa bermaksud "yang termashur" ataupun sebutannya yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah"). 



Kubu yang dibina berhampiran sungai ini adalah usaha pertama pihak Portugis setibanya mereka di Melaka, seterusnya menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka, bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.



Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.


Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.


Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.


Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".




peta lokasi A'Famosa



kalau korang bosan, 
boleh borak-borak dengan pak cik Santo Paulus ni
dia sempoi je, lawak gitu. 
Aku sempat ajar dia buat short video.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan